Followers

25 December 2010

~SIAPALAH AKU~


Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin...
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku..
seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin...
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku...
sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin...
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...



Kalaulah aku air...
akan aku sirami Kuala Lumpur ini...
yang sedang diCATU air...
tapi tak mungkin....
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
kelakar..kelakar...



kalaulah aku...
Ahh mengarut semua itu...

Yang harus dihadapi ialah realiti bukan
fantasi....

Di dalam mentari terpercik misteri
lambaian wajah umpama bidadari
kucapai namamu tegak baiduri
didalam lamunan kita menari
mimpi pasti,
datang dan pergi
namun pepohon tetap teguh
walau berbuah ranting rapuh
teguh matlamat jiwa utuh
disimbah racun tidakkan luruh.


24 December 2010

~ASHABUL KAHFI~



Ashhabul Kahfi : adalah kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka.

Kisah ini begitu masyhur. Dengan kekuasaan-Nya, Allah S.W.T. menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun.

Mereka lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus menganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus.

Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda-pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Keputusan mereka untuk mengasingkan diri di dalam gua adalah benar dan tepat, sesuai dengan kenyataan dan kondisi mereka. Oleh karena itu, Allah mengabulkan doa mereka, menurunkan rahmat-Nya, dan menyediakan keperluan mereka.

Allah menggambarkan Ash-habul Kahfi sebagai para pemuda,

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.”

Akan tetapi tidak semua pemuda telah sesat, ada sebagian mereka yang soleh, sebagaimana firman Allah tentang Ash-habul Kahfi,

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka-mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

Di mana mereka memperlihatkan keIslaman mereka, memahaminya dengan sebenar-benarnya, melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, dan mendakwahkannya dengan semangat, kesungguhan, dan keikhlasan.

Ayat ini bermaksud menetapkan kebenaran Al Quran yang pasti tentang keimanan dan petunjuk, iaitu iman sesungguhnya adalah sebuah pilihan. Jika seseorang telah memilihnya, menerimanya dengan ikhlas, patuh, dan sungguh-sungguh, maka Allah akan menambahkan keimanan kepadanya. Akan tetapi jika ia tidak mengambil dan memilih jalan itu maka Allah tidak akan memberinya petunjuk, apalagi untuk menambahkan petunjuk kepadanya.

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka mengatakan sebagaimana disebut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: Al-Kahfi 14-15. Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sadar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)



Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakekat yang sebenarnya. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat 19:

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدْينَةِ


"Berkatalah salah seorang dari mereka: ‘Sudah berapa lama kalian menetap (di sini)?’ Mereka menjawab: ‘Kita tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Yang lain berkata pula: ‘Rabb kalian lebih mengetahui berapa lamanya kalian berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kalian pergi ke kota membawa wang perakmu ini’.” (Al-Kahfi: 19)



~PAKU DI HATI~




Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.



Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.



Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kira berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Walau bagaimanapun marahnya kita terhadap sesuatu perkara itu, sebaik-baiknya kita masih lagi rasional dalam pertimbangan kita. Namun, jarang sekali kita melihat pertimbangan yang rasional lagi bijaksana lahir dari hati yang membuak-buak dengan perasaan mara. Marah itu sifatnya api, dan Syaitan yang direjam itu juga asalnya daripada api.


23 December 2010

~KEJAYAAN VS KEGAGALAN~


Kita semua tentu pernah mengalami sebuah kegagalan dalam perjalanan hidup kita. Namun bagaimana kita menghadapi kegagalan itu? Bagaimana membuat sebuah kegagalan dalam hidup sebagai suatu yang indah?



Kegagalan atau gagal pasti selalu ada dalam diari kehidupan seluruh umat manusia. Baik seorang pemimpin negara hinggalah kepada anak kecil yang baru belajar sekalipun, pasti pernah mengecap pahitnya kegagalan. Tidak ada yang tak pernah merasakan hal ini, masalahnya adalah bagaimana kita menghadapi dan bersikap dalam menghadapi kegagalan itu.

Apakah kegagalan itu akan menjadi pelajaran untuk kita agar ianya tidak berulang kembali serta dapat menjadikan kita insan lebih baik lagi atau ianya akan menenggelamkan kita dalam jurang kepasrahan, keputusasaan dan ketidak mampuan dalam menghadapi hidup yang terus pantas meninggalkan kita?

Namun, bersyukurlah jikalau kita selama ini selalu mengecapi manisnya berjaya dalam hidup. Tapi jangan terlalu terlena dengan kejayaan, kerana jika kita tidak berhati-hati kita mungkin akan jatuh ke lembah kegagalan yang menyukarkan untuk kita menerimanya seumur hidup.



Sebuah kegagalan adalah suatu perjalanan yang harus kita lalui dan hadapi apabila kita ingin meneguk indahnya suatu kecemerlangan, dan kegagalan merupakan sebuah ujian pada kita agar kita dapat naik ke satu tingkat yang lebih maju dan lebih memahami erti daripada sebuah kecemerlangan yang sesungguhnya.

Jangan terlalu kecewa apabila kegagalan yang anda dapatkan, namun semestinya anda harus bersiap-siap kerana kejayaan yang anda inginkan akan segera menghampiri anda dengan penuh kebahagiaan, walaupun kedatangannya agak sedikit tertunda kerana anda dituntut untuk terlebih dahulu mempelajari sikap bagaimana bersabar dalam menerima kedatangan sebuah kejayaan yang anda inginkan selama ini. Dengan kedatangannya yang agak sedikit tertunda, anda akan menjadi lebih dewasa dan lebih menghargai erti sebuah kegagalan dan sebuah kejayaan yang sebenarnya.



Allah SWT memberikan kita waktu yang banyak agar kita dapat mempelajari setiap ujian-ujian yang dia berikan untuk kita, agar kita lebih kuat lagi dalam mengharungi kehidupan ini. Ujian yang datang pada kita itu bermacam-macam, ada ujian yang datang dengan yang mudah terlebih dahulu seterusnya agak sedikit berat, dan ada pula yang datang dengan yang sulit terlebih dahulu setelah selesai barulah di berikan ujian yang agak sedikit mudah.

Kesulitan ataupun kegagalan yang kita terima adalah sebuah hadiah yang indah dan terbaik untuk kita daripada Allah SWT walaupun dikemas secara tidak baik, namun apabila kita lebih cermat lagi dalam memandang sebuah ujian Allah SWT tersebut kita akan lebih mengerti bahawa sebenarnya Allah SWT sayang kepada kita dengan memberikan berbagai ujian dan dugaan agar kita lebih bijak lagi dalam menjalani kehidupan yang sangatlah singkat ini.

Kesabaran dalam menghadapi ujian hidup adalah merupakan kunci daripada sebuah kejayaan yang anda inginkan.

Apabila hari ini kita meraih sebuah kejayaan, ada dua keadaan yang akan kita alami. Pertama, melalui kejayaan ini, kita dapat merasakan hasil jerih payah dan kerja keras kita. Di samping itu, kita dapat mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT atas kerja keras kita di jalan yang benar. Kedua, kita harus menyedari bahawa kejayaan ini merupakan kasih sayang Allah SWT dan pada saat yang sama, Allah SWT sedang menguji kita, apakah kita ini termasuk hamba yang bersyukur ataupun hamba yang kufur.

Sebaliknya, ketika kita mengalami sebuah kegagalan, juga ada dua keadaan yang akan kita hadapi. Pertama, kegagalan ini merupakan imbalan setimpal daripada pekerjaan buruk yang kita lakukan di dunia, atau merupakan akibat dari kurangnya upaya dan usaha kita. Kedua, kegagalan ini merupakan ujian Allah SWT untuk meningkatkan darjat kesempurnaan kita.

Kita mampu mengambil teladan dari kehidupan Nabi Ayyub. Beliau adalah Nabi yang tak melakukan perbuatan dosa, namun mendapatkan ujian dari Allah SWT berupa berbagai kegagalan, antara lain beliau menjadi jatuh miskin dan sakit. Namun, Nabi Ayyub tetap bersabar menghadapi ujian yang berat itu.
Kejayaan mahupun kegagalan sesungguhnya merupakan sebahagian dari proses ujian Allah SWT terhadap manusia. Berbahagialah orang yang selalu menjalin hubungan dengan Allah SWT dan menyatakan bahawa tidak ada sesuatu yang sia-sia atau percuma di dunia ini.



Janganlah kita semua terlalu leka dalam kesedihan kerana kehilangannya kenikmatan, dan janganlah terlalu bahagia ketika mendapatkan kenikmatan. Sebab, adanya kenikmatan dan tidak adanya kenikmatan, keduanya adalah ujian Allah SWT untuk manusia. Akan tetapi hal yang penting dalam pandangan Islam, manusia dengan perbuatannya yang terpuji berupaya mencari keredaan Allah SWT sehingga ia dapat menjalani kehidupan dengan kejayaan yang hakiki di akhirat kelak.



Ada tiga jenis orang di dunia ini,
Pertama,orang bodoh adalah orang yang tidak pernah belajar dari pengalaman kegagalan.
Kedua,orang biasa adalah orang yang belajar dari pengalaman kegagalan sendiri.
Ketiga,orang pintar adalah orang yang belajar dari kegagalan orang lain.




~KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH~


Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.


Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.



Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.



Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.



Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 



Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.



Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.








Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.



Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya



Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.



Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.



Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 



Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 



Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya



Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap



Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.





Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.



Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 



Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan



Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta



Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).



Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)



Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.



"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)



"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)






Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.


Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)



Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.



Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.



Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.



Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.



Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)



Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."



Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.



Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)



Kekitaan yang erat tiada yang berat.



Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.



Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati



Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.



Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.



Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.



Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.








tag