Followers

16 January 2010

~TIME IS GOLD~

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara: 

1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah. 

Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa Ta'ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa? 

Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.

"Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah, maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan."

"Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu"

"Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya"

"Bertangguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)"


10 January 2010

Lirik lagu Permata Yang Dicari

Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)





09 January 2010

Himpunan kata-kata hikmat


















Kata hikmat adab

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Kata hikmat Agama
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.

( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )

kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)

Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.

Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)

Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)

Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)

Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)

Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.

(Saidina Ali)

Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).

Benar akan menang.

Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.

Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).

Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)

Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)

Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan. (Hamka)

Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).

Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).

08 January 2010

Tobat Maksiat - Wali Band

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu
.
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA


Bahaya Lisan (Lidah)

Bahaya Lisan (Lidah)
www.iluvislam.com



Telah bersabda Rasulullah S.A.W Kepada Saidina Ali: "Hai Ali! Allah Ta'ala tidak menciptakan sesuatu pada tubuh manusia yang lebih utama daripada lisan. Ia dapat membuat orang masuk syurga dan dapat menyebabkannya masuk neraka. Kerana itu, jagalah lisanmu, sesungguhnya dia adalah bagaikan anjing gila."


KETERANGAN


Seorang cendekiawan berkata:
"Jasad manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: HATI, LIDAH dan anggota badan lainnya. Allah memuliakan masing-masing bahagian. Memuliakan hati adalah dengan makrifat dan tauhid, dan memuliakan lisan dengan kesaksian bahawa "Tiada Tuhan kecuali Allah" dan membaca Al-Quran, sedangkan kemuliaan anggota badan yang lain adalah dengan solat,puasa dan ibadah-ibadah lainnya.


Masing-masing bahagian itu ada pengawas dan pemeliharanya. Hati diawasi oleh Allah SWT sendiri, sehingga tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalamnya, kecuali Allah SWT. Pemeliharaan lisan diserahkan kepada Malaikat pencatat amal dimana Allah SWT berfirman dalam Surah Qaaf: Ayat 18 yang bermaksud: "TIADA SESUATU UCAPAN PUN YANG DIUCAPKANNYA, MELAINKAN ADA DIDEKATNYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SELALU HADIR". Sedangkan pemeliharaan anggota badan yang lain, diserahkan pada perintah dan larangan. Masing-masing itu harus jujur.







Kejujuran hati adalah tetap beriman, tidak dengki, tidak berkhianat dan tidak membuat tipu daya. Kejujuran lisan tidak menghina/mengumpat, tidak bohong dan tidak mengucapkan hal-hal yang tidak berguna. Sedangkan kejujuran anggota badan lainnya adalah tidak maksiat kepada Allah SWT dan tidak mengganggu sesama muslim.

Barang siapa hatinya tergelincir, maka ia munafik. Barangsiapa lisannya tergelincir, maka ia kafir. Dan barangsiapa anggota badannya tergelincir, maka ia orang yang durhaka.

Allah SWT menciptakan makhluk ini ada yang memilki lidah(lisan) yang dapat berbicara dan ada yang tidak memiliki lisan.

Hikmah Kematian



Hikmah Kematian
www.iluvislam.com

Kehidupan berlangsung tanpa disedari daripada detik ke detik. Apakah kamu tidak menyedari bahawa hari-hari yang kamu lalui semakin mendekatkan kamu kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud;

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Setiap orang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, mereka semua akan mati, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati; Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut;

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat menjauhi kematian, mereka hanya berfikir tentang di manakah mereka akan belajar, di perusahaan manakah mereka akan bekerja, baju apakah yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan.

Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanyalah akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, bahkan seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini.

Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, semua orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi mereka masih tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Tidakkah dia berfikir bahawa kematian itu sedang menunggunya! Ketika kematian dialami oleh seseorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini.

Renungkanlah segala sesuatu yang kamu dapat lakukan saat ini;
Kamu dapat mengerdipkan mata kamu, menggerakkan badan kamu, berbicara, tertawa.

Semua ini merupakan fungsi tubuh kita.

Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati nanti?
Bermula daripada saat kamu menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, kamu tidak ada apa-apa lagi selain “sekujur tubuh”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, kamu akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kapan, jenazah kamu kemudiannya akan dibawa ke kuburan dalam sebuah keranda. Setelah itu, jenazah kamu akan dimasukkan ke dalam liang lahad, maka tanah akan menutupi kamu. Ini adalah kesudahan hidup seorang manusia. Mulai saat tersebut, kamu hanyalah seseorang yang namanya hanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Pada bulan-bulan atau tahun-tahun pertama kematianmu, kuburan kamu akan sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak ada seorang pun yang datang mengunjungi pusara kamu. Sementara itu, keluarga terdekat kamu akan mengalami kehidupan yang berbeza setelah kematian kamu. Di rumah, ruang dan tempat tidur kamu akan kosong. Bahkan setelah pengebumian jenazahmu, sebahagian barang-barang milik kamu akan disimpan di rumah; baju, kasut, dan lain-lain yang dulu menjadi milik kamu akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Barang-barang anda di pejabat akan dibuang.

Pada awal tahun pertama kematianmu, beberapa orang masih berkabung akan pemergian kamu kepada Allah Yang Maha Esa. Namun, masa yang bergerak pantas akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang kamu. Bahkan tidak lama kemudiannya, generasi baru akan muncul dan tidak ada seorang pun dari generasi kamu yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah kamu masih diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya lagi.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang dikebumikan akan mengalami proses pembusukkan yang cepat. Setelah seseorang manusia itu dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung kerana tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selama proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tidak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi. Alangkah singkatnya, “sekujur tubuh” yang tadinya dapat dikenali; mengalami pengakhiran yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi sebahagian dari tanah.

Seandainya Allah ingin, tubuh itu tidak akan membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini terjadi kerana padanya suatu hikmah yang tersembunyi yang sangat penting. Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata-mata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahawa ia memiliki suatu kewujudan di luar tubuhnya.

Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi. Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan kewujudan sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya kematian tiba-tiba keluarga terdekat sahajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Anggapan yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau kerana kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka!

Semua orang berfikir, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup. Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyuarat di pejabat juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Kemungkinan, ketika kamu membaca artikel ini, kamu berharap untuk tidak meninggal setelah kamu selesai membacanya atau bahkan meredhai kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasakan bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari sebuah kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya;

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu,
jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan,
dan jika (kamu terhindar daripada kematian)
kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri, haruslah waspada bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia akan hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kapan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi dari dunia inipun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang setelah kematian hanyalah 3 perkara; Amal solehnya, sedekah jariah dan doa daripada anak yang soleh.

07 January 2010

MYGREEN OIL

Rahsia Penjimatan Minyak Telah Tiba!!!
Minyak DIKURANGKAN SUBSIDI?
Harga MINYAK NAIK Lagi?
PERBELANJAAN Minyak Semakin TINGGI?
ADUH ADUH KEPALA PUN PENING NAK FIKIR
Bermacam-macam lagi keluhan kedengaran dari orang ramai termasuklah saya sendiri TETAPI Sekarang
TIADA KERISAUAN !!
MEMPERKENALKAN MY GREEN OIL
RAHSIA PENJIMATAN MINYAK KENDERAAN






Dengan MY GREEN OIL segalanya mungkin. Wang Pembelian Petrol Dapat Dijimatkan dan Seterusnya dapat digunakan untuk perbelanjaan yang lain dan kita tidak akan membazirkan wang dengan hanya membeli minyak kenderaan sahaja.



Sudah tentu persoalan anda sekarang bagaimanakah
MY GREEN OIL ini berfungsi?
 GREEN OIL menawarkan pemecahan efektif terhadap tiga masalah utama yang berhubungan dengan penggunaan bahan bakar iaitu
1. Penjimatan Bahan Bakar
2. Menciptakan Lingkungan Yang Lebih Bersih
3. Mengurangkan Kos Perawatan Mesin
 Mengubah struktur molekul-molekul bahan bakar dan seterusnya menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna, effisien dan pantas
 Diperbuat daripada saripati tanaman yang mengandungi unsur-unsur Karbon, Zat Arang, Hydrogen, Air dan Oksigen. Bila bercampur dengan bahan bakar maka konsumsi bahan bakar, kadar racun gas buang, dan kos rawatan mesin secara signifikan akan jelas terlihat penurunannya.

PENGUNAAN PRODUK
My Green Oil adalah Formula yang memiliki fungsi ganda. Ketika dicampur dengan bahan bakar, ia mengubah struktur molekul bahan bakar dengan cepat sehingga membuat bahan bakar menjadi lebih jimat, melancarkan perjalanan mesin, dan memberikan penjimatan yang luar biasa bagi para pengguna.
My Green Oil boleh dicampur dengan pelbagai jenis bahan bakar seperti Petrol, Diesel, Methanol, Ethanol, Hydrogen, LNG, Compressed Natural Gas Dan Bio Solar.
MESTI JAUH DALAM FIKIRAN ANDA AKAN BERKATA BOLEH PERCAYAKAH PRODUK MY GREEN OIL INI?

Ya , sememangnya boleh. Kerana telah melalui pelbagai jenis TESTING DAN ANALYSIS
Keselamatan Produk
Independent Laboratory Test Satu siri ujian dijalankan secara bebas menyimpulkan yang MyGreenOil adalah selamat, biorosot dan bebas daripada logam dan bahan kimia. Ia tidak berasid dengan nilai PH 7 dan ashless semasa pembakaran.
Satu siri ujian dijalankan oleh Chemical Testing Section of SIRIM QAS International menyimpulkan yang MyGreenOil adalah selamat, biorosot dan bebas daripada logam dan bahan kimia. Ia tidak berasid dengan nilai PH 7 dan ashless semasa pembakaran.

Penjimatan Minyak

Jabatan Polis Indonesia
Satu ujian telah dilakukan oleh Research and Development Bureau of the Indonesian Police Department di Jakarta Indonesia. Tujuan ujian adalah untuk memastikan keberkesanan MyGreenOil sebagai minyak sebuah reformulator untuk mengurangkan penggunaan minyak.

Savings from using cheaper fuel
Semasa MyGreenOil ditambah ke dalam Bahan Bakar, dengan cepatnya ia mengubah struktur molekul dan seterusnya mengubah bahan bakar tersebut kepada satu Super Efficient Combustion Fuel. Ini memberikan pengguna dapat menggunakan Octane yang murah dan rendah ataupun RON dan menjimatkan duit mereka

Reduce Maintenance Costs with MyGreenOil
MyGreenOil telah terbukti untuk mengurangkan perbelanjaan daripada penyelenggaraan dan pembaikan enjin kos-kos. Adunan unik 100% alam esters mempunyai khasiat yang meningkatkan prestasi enjin serta melindungi segala komponen-komponennya yang dalaman dan seterusnya menambah rentangan hayat enjin.
PENINGKATAN KUASA DAN KEUPAYAAN
University of Science Malaysia (USM)
Satu ujian dikendalikan oleh Engines Laboratory USM yang menyimpulkan yang MyGreenOil memberi satu peningkatan secara beterusan dalam kuasa dan keupayaan sesuatu enjin bila digunakan
Dynamic Test Systems DYNO – Horsepower & Torque
Satu ujian dyno dijalankan ke atas Proton Waja 1.6 Auto sebelum dan selepas menambah bahan api dengan MyGreenOil. Kesimpulannya, kuasa kuda meningkat sebanyak 5.5% dan Ujian menamatkan peningkatan kuasa kuda itu secara 5.5% dan torque bertambah sebanyak 4.3% selepas MyGreenOil ditambah dalam minyak.

Dynamic Test Systems DYNO – Horsepower & Torque
Satu ujian dyno dijalankan ke atas Mercedes Benz W140 S320L, sebelum dan selepas menambah bahan api dengan MyGreenOil. Kesimpulannya, torque meningkat sebanyak 56 points dari 424.8 to 481.1 dalam 10 minit after MyGreenOil selepas MyGreenOil ditambah dalam minyak.

PENGELUARAN ASAP EKZOZ

Pusat Ujian Kenderaan Elektronik PUSPAKOM
Satu Ujian Emissions Opacity telah dijalankan ke atas Toyota Hilux Diesel (2006) yang berumur 6 bulan. Permulaan ujian tanpa MyGreenOil memberikan pembacaan setinggi 38% (Pengeluaran Asap). Selepas menambah MyGreenOil, kereta dipandu sejauh 90km sebelum pemeriksaan semula dijalankan. Apabila dijalankan ujian, pembacaan opacity hanyalah 19%. Ini boleh disimpulkan bahawa penggunaan MyGreenOil mengurangkan pengeluaran asap sebanyak 50%

Vietnam Auto Register
Satu ujian dijalankan oleh Vietnam Auto Register, ke atas Kia Spectra 1.5 (2004) sebelum dan selepas menambah MyGreenOil ke dalam Petrol. Kesimpulannya, selepas 13 hari menggunakan MyGreenOil, pengeluaran asap yang berbahaya dari ekzos iaitu HC (hydrocarbon Concentration) dikurangkan sebanyak 75% dan CO (Carbon Monoxide Concentration) was reduced by 77.5%
DENGAN MINYAK GREEN OIL ANDA TIADA KERISAUAN TENTANG MINYAK KENDERAAN ANDA LAGI


MASIH TERAGAK-AGAK LAGI????



Minyak Green Oil Ini Dilindungi Dengan insurans Liabiliti Produk Bernilai RM 1,000,000.00

Total Liability : RM1,000,000.00
Policy No. : 07LKL001428
Class : L-10-18
Period of Indemnity : 01.12.06 - 30-11-2008
Products Covered : MyGreenOil Fuel Reformulator
Policy Issued By : Allianz General Insurance Malaysia Berhad
Level 40, Menara Citibank
50780 Kuala Lumpur
www.allianz.com.my




Satu Botol Mengandungi 60 ml dan cara penggunaannya adalah seperti berikut :

APLIKASI PADA PETROL
Campurkan 1 ml My Green Oil pada tiap 1 liter Petrol
Contoh : Untuk 50 liter Petrol, Campurkan 50 ml My Green Oil

APLIKASI PADA DIESEL
Campurkan 1.2 ml My Green Oil pada tiap 1 liter Diesel
Contoh : Untuk 50 liter Petrol, Campurkan (50 X 1.2 ml)=60 ml My Green Oil



UNTUK TEMPAHAH :

SILA HUBUNGI : 0139380034 (MUSTAQIM)
0134969192 (FATHI)
WWW.MYGREENOIL.COM


tag