Followers

31 October 2010

UJIAN ATAU MUSIBAH SATU PROSES PENYUCIAN JIWA



Hidup kita di muka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat dari teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini:

"Bersabarlah, ini ujian dari Allah, ada hikmah di sebaliknya....."

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini? Apakah reaksi atau pun respons dari diri kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian? rata-rata masyarakat sekarang, sama ada yang memberikan nasihat, atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut dari persepsi yang positif.


Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat, apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah SWT.


Hikmah apa? apa hikmahnya? Nak bersabar macam mana lagi. Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini. Aku tak sanggup untuk menderita lagi......


Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:

"Barang siapa yang bersangka buruk pada Ku, nescaya Aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hambaKu itu".


Mengapakah Allah SWT amat melarang kita dari bersangka buruk (negative thinking) padaNya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?



APAKAH ITU MUSIBAH


Gapo dio musibah tu??? Kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik frekuensi tenaga negatif kepada kita, dengan bentuk pandangan yang kita pancarkan tadi. Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan Hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangka baik?


Di sini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh:



Senario pertama

Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan. Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterima kasih pada doktor tersebut. Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.



Senario kedua

Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun ejin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti himpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.


Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgrade tadi dijalankan. Tak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip didalam rumah, membaikpulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya. Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaikpulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar rem dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.


Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini:

"Yang baik itu dari Allah SWT, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri...."


Benar! Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hambaNya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya.. 

Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan :

"Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah".


Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah di sebaliknya'.


Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumah tangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita.


Seperti diterangkan pula dalam hadith sahabat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya.”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim).


Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadith lain, ia menyebut, 

"Bahawasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerosakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon.”


Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rasulullah SAW:

“Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan derajat yang mulia dan dihapus dosa dosanya.”


Seorang Muslim yang soleh tidak boleh mengira dan berprasangka bahawa Allah SWT tidak memperhatikan lagi dirinya. Karena perkiraan seperti ini adalah pandangan yang sempit dan dangkal. Seorang Muslim memandang Allah tidak semata mata dari segi pemberian Allah SWT yang jelas dan dirasakan dengan alam jasmani, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah SWT dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala.


Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah SWT sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan percubaan dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang dari Allah SWT. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah SWT. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada si hamba. Itulah anugerah yang tak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah Robbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhluk-Nya. 

Nabi Muhammad SAW dalam hal ini bersabda yang bermaksud:


“Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia redha menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”




Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah.


1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah:

Innalillahiwainnailaihirrojiuun”

...dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali....Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan.


2. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Bersalawatlah padaku dipermulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui"

Rasulullah menyarankan supaya bersalawat padanya ketika saat permulaan mengalami apajua musibah/ masalah. Bersalawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti:

Allahumma solli ala saidina muhammadinnabiyyil umiyyi”


Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan kita yang dilanda masalah? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

"Sesiapa yang bersalawat kepada ku (mendoakan kesejahteraanku) sekali (1), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang bersalawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali."


Lihatlah betapa besarnya fadhilat bersalawat ini. Rasulullah S.A.W  adalah kekasih Allah. diturunkan kebumi ini sebagai rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi.


Maka selalulah kita bersalawat dengan ikhlas, tak kira diwaktu senang atau pun susah. Tak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk bersalawat.


3. Bersangka baik dengan Allah (HusnulDzon/Positive Thinking) kepada Allah. 

Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifatNya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah. Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih Indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa didalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijabNya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat Kecantikan/Keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.


Ini baru sifatNya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifatNya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?


Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hambaNya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?

Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmatNya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dari persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.



Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi yang bermaksud:


Wahai hamba-hambaKu! sekiranya hamba yang mula-mula sekali diciptakan sehingga hamba yang terakhir sekali dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang bertaqwa semuanya, maka tidaklah dapat menambahkan sedikit pun dari Kekuasaan dan KebesaranKu. Sekiranya hamba yang pertama dicipta sehingga hamba yang terakhir dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang paling jahat, yang demikian tidaklah dapat mengurangkan sedikit pun Kekuasaan dan KebesaranKu.


Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita, tetapi kitalah yang memerlukan dan berhajat kepada Allah. Oleh itu, peliharalah hubungan kita dengan Allah dan salah satu caranya ialah dengan bersangka yang benar tentang Allah, iaitu bersangka baik (Berfikir Positif) kepada Allah, dengan ikhlas. Kerana faedahnya adalah untuk kebaikan manusia sendiri, Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.


Manusia sebagai hamba Allah SWT dalam menjalankan hidupnya di dunia ini hendaklah jauh dari prasangka jelek kepada Allah, agar jiwanya tidak risau dan tertimpa penyakit yang dapat menegangkan saraf. Kita harus berprasangka baik (Husnuzzon ) kepada Maha Pencipta. Kita harus memahami dengan penuh keyakinan bahwa Allah Ta’ala Maha Adil dan Maha Pemelihara. Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada manusia sesuai dengan rencana Allah SWT.


posted by:



HIKMAH SUJUD -





Salam....di kesempatan ini, saya nak share sesuatu rahsia...saya rasa semua orang pon da taw...tp ape salahnya kn kalau kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain...kali ni saya nak bawa atau lebih tepat lagi nak berkongsi dengan semua tentang rahsia sujud...setiap hari kita sebagai umat Islam, kita sujud kepada ALLAH SWT...namun disebalik perbuatan sujud ni terkandung 1001 rahsia...antaranya ialah.....




Sujud lega sistem pernafasan 


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan ALLAH SWT. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah ALLAH SWT. dan menjauhi laranganNya. Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan ALLAH SWT. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 





Bernafas ketika sujud pula boleh:




- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 




- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.




- melegakan sakit hernia. (burut)




- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 




- melegakan paru-paru daripada ketegangan.




- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 




- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 




- meringankan bahagian pelvis. 




- memberi dorongan supaya mudah tidur. 




- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.




- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 




- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 




- mengurangkan kegemukan. 




- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).




- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 




- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 






Dari segi psikologi pula, 


sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 





Dari segi perubatan,



kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Sedikit pesanan untuk kita semua.....semasa sujud, kita hendaklah sujud dengan cara yang betul...hal ini adalah untuk membezakan cara sujud kita umat Islam dengan puak Yahudi...






ALLAH SWT telah berfirman dalam Surah Al-Munaafiquun 




Ayat : 9 yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 




Ayat : 11 yang bermaksud :


Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 






Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:


Barangsiapa meninggalkan solat MAGHRIB , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat MAGHRIB ??cuba kita rening balik adakah amalan ini yang kita nak bawa sebagai bekalan ke akhirat kelak???




Meninggalkan solat ISYA' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Nauzubillahi min zalik.....




Meninggalkan solat SUBUH akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....Renung-renungkanlah wahai sahabat...betapa pedihnya azab ALLAH SWT kepada umatnya yang meninggalkan SOLAT...





Meninggalkan solat ZOHOR diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji kalau kita meninggalkan solat ZOHOR....

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...



Satu kali meninggalkan solat ASAR sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja kalau kita tidak solat ASAR...




Rasulullah SAW ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 


Yang benar itu adalah dari ALLAH SWT dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 





posted by:





tag