Followers

24 May 2011

~ERTI HIDUP~


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan pada-Mu Tuhan

Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan Syurga-Mu yang diidamkan

Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

~aku yg khilaf.,

~( O_O )~


Tika ku karang sajak ini,
Aku terfikir,

jutaan dosa telah ku lakukan,
tak kira besar mahupun kecil,
telah ku zahirkan sejak ku kecil.

aku bukanlah hamba yg baik.
tidak.
tidak sama sekali,

walau begitu,
Ya Rabbi tidak pernah mengahalang rezeki kepadaku,
baik susah mahupun senang,

Ya Rabbi tidak pernah membenciku,
begitu juga hamba-hambanya.
Sememangnya Kau lah 
yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Ya Rabbi sentiasa bersamaku,
walaupun dosa-dosaku sgt tak terkira,
aku malu,
sesungguhnya malu,
malu.

aku malu mengenang dosa-dosa lampau,
malu pada yg Esa.


tag