IMAM NAFI’ AL-MADANI
Nama sebenar beliau adalah Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Na’im Al-Laithi. Beliau telah digelar Abu Ruwim, Abu Hassan dan juga Abu Abd Rahman. Beliau telah dilahirkan pada tahun 70 Hijrah di Asbahan. Antara sifat peribadi beliau adalah beliau merupakan seorang yang berkulit gelap namun beliau mempunyai wajah yang mudah tersenyum. Selain itu, beliau juga mempunyai akhlak yang sangat mulia dan suka bersenda gurau dengan para sahabat. Beliau merupakan salah seorang Imam Qiraat masyarakat di Madinah dan juga terkenal sebagai seorang yang pakar dalam bidang al-Qur’an. Sejak masih muda lagi, beliau telah menekuni Al-Qur’an dan berguru tentang Qur’an kepada lebih dari 70 orang guru. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 169 Hijrah di Madinah ketika berumur 99 tahun.
Sepanjang hayat, beliau pernah bertalaqqi dengan 70 orang imam tabi’in dan di antaranya ialah Abu Jaafar, Syaibah bin Nasoh, Muslim bin Jundab, Yazid bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Shihab dan Abd Rahman bin Hurmuz. Antara orang yang mengambil sanad dengan beliau ialah Imam Malik bin Anas, Imam al-Laith bin Saad, Abu Amru bin A’la, Isa bin Wardan dan juga Sulaiman bin Muslim bin Jammaz. Antara perawi yang Mashur yang meriwayatkan bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan Warsh.
Diriwayatkan bahawa Imam Nafi’ setiap kali beliau berkata-kata maka akan keluar dari mulutnya bau yang sangat wangi seperti kasturi. Maka orang ramai bertanya kepada Imam Nafi': " Engkau ni pakai minyak wangi ke setiap kali engkau nak ngaji depan orang ramai?". Imam Nafi' menjawab: "Aku tidak pernah mendekati minyak wangi sepanjang hidupku apatah lagi menyentuhnya, akan tetapi aku telah bermimpi sewaktu tidurku melihat Baginda SAW membaca sesuatu di mulutnya dekat ke mulut aku. Maka semenjak itulah sesiapa sahaja akan menghirup harumnya bau itu dari mulutku".
IMAM QALUN
Nama sebenar baliau ialah Abu Musa Isa bin Mi’na bin Wardan bin Isa bin Abd Samad bin Umar bin Abdullah Al-Zarqi. Nama kedua beliau ialah Abu Musa. Beliau telah mendapat gelaran Qalun kerana kelunakannya membaca al-Qur’an. Beliau merupakan anak tiri kepada Imam Nafi’ Al-Madani. Beliau telah dilahirkan pada tahun 120 Hijrah dan telah wafat pada tahun 220 Hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma’mum.
Beliau telah mula bertalaqqi dengan Imam Nafi’ ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun. Antara sifat peribadi beliau ialah bacaan al-Qur’annya sangat baik dan beliau juga boleh berbahasa Rom dengan baik. Selain itu, beliau juga tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat. Beliau mempunyai penyakit pekak dan tidak mendengar apa-apa tetapi apabila dibacakan al-Qur’an kepadanya beliau dapat mendengarnya dengan jelas malah mampu untuk memperbetulkan bacaan al-Qur’an yang slah dari qari yang sedang membaca al-Qur’an.
Abu Muhammad al-Bagdadi berkata;
”Imam Qalun adalah seorang yang sangat pekak kerana beliau sepanjang hayatnya tidak pernah mendengar perkara yang lagha walau sekali. Ini kerana setiap kali dibacakan al-Quran padanya beliau boleh mendengar dengan baik sehinggakan dia boleh memahami bacaan mereka bahkan mengetahui kesalahan bacaan al-Quran tersebut sekaligus memperbetulkan bacaan yang dibacakan padanya hanya berdasarkan dengan perhatiannya kepada gerakan mulut sahaja”
IMAM WARSH
Nama penuh beliau ialah Abu Sa’id Uthman bin sa’id bin Abdullah bin Amru bin Sulaiman bin Ibrahim manakala nama kedua beliau ialah Abu Sa’id. Beliau telah mendapat gelaran Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi’ kerana kulitnya putih. Beliau telah dilahirkan pada tahun 110 Hijrah di Quirawan di Daerah Saidi, Mesir. Beliau telah wafat pada tahun 197 Hijrah pada zaman Khalifah Al-Ma’mum ketika usianya 87 tahun di Mesir.
Antara sifat peribadi beliau ialah meerupakan seorang yang berkulit putih dan mempunyai sepasang mata yang berwarna biru. Beliau merupakan seorang yang matang dan mempunyai pergerakan yang lincah. Beliau juga merupakan seorang pakar bahasa Arab yang terkenal pada zamannya. Selain itu, beliau mempunyai suara yang sangat merdu
IMAM IBNU KATHIR AL-MAKKI
Nama :
Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bain Zazan bin Fairuz bin Hurmuz
Tarikh lahir :
tahun 45 Hijrah di Makkah
Gelaran :
Abu Ma’bud
Sifat Peribadi :
v Berkulit hitam manis
v Bermata biru
v Putih kepala dan janggut
v Fasih dan pandai berkata-kata
v Berbadan tegap dan tinggi
Tarikh Wafat :
tahun 120 Hijrah di Makkah ketika berumur 75 tahun
Anak murid :
antara yang mashur ialah :
v Al-Bazzi
v Qunbul
IMAM AL-BAZZI
Nama :
Abu hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah Al-Makki
Tarikh lahir :
tahun 170 Hijrah di Makkah
Gelaran :
Abu Al-Hassan
Sifat Peribadi :
v Antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir
v Salah seorang perawi Ibnu Kathir
v Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai
v Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan
v Seorang muazzin dan imam di Msjidil Haram selama 40 tahun
Tarikh Wafat : tahun 250 Hijrah ketika berumur 80 tahun
IMAM QUNBUL
Nama :
Muhammad bin Abdul Rahman bin Khalid bin Muhammad bin Said Al-Makhzumi Al-Makki
Tarikh lahir :
tahun 195 Hijrah di Makkah
Gelaran :
Qunbul
Kuniyah :
Abu Amru
Sifat Peribadi :
v Terkenal dengan akhlak mulia
v Salah seorang perawi Ibnu Kathir
v Perawi yang dhobit yang boleh dipercayai
v Seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hukum agama
Tarikh Wafat :
tahun 291 Hijrah ketika berumur 96 tahun di Makkah
IMAM ABU AMRU
Nama :
Zabban bin al-’Ala bin ’Ammar bin Al-Iryan bin Abdullah bin Al-Husain Al-Mazani
Tarikh lahir :
tahun 68 Hijrah di Makkah
Gelaran :
Ibnu al-’Ala
Sifat Peribadi :
v Seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa arab
v Pakar dalam bidang berkaitan al-Qur’an
v Seorang yang benar, dipercayai, amanah, zuhud, dan alim dalam bidang agama
v Ulama’ besar yang beramal dengan ilmunya
v Pakar dalam Ilmu Qiraat, Nahu dan Feqah
Tarikh Wafat :
tahun 154Hijrah di Kuffah
Anak murid :
antara yang mashur ialah :
v Al-Duri
v Susi
IMAM AD-DURI
Nama :
Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Subhan bin ’Ada bin Subhan ad-Duri al-Azli Al-Baghdadi
Tarikh lahir :
tahun 150 Hijrah pada zaman al-Mansor
Gelaran :
Ad-Duri
Kinayah :
Abu ’Amru
Sifat Peribadi :
v Seorang yang benar
v Perawi yang terawal membukukan Ilmu Qiraat
v Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya
v Pakar dalam bidang Hadih
Tarikh Wafat :
tahun 246 Hijrah pada zaman Mutawakkal
IMAM AS-SUSI
Nama :
Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Ibrahim bin al-Jarud
Tarikh lahir :
tahun 170 Hijrah
Kinayah :
Abu Syuaib
Sifat Peribadi :
v Seorang yang dhobit ( kuat ingatan )
v Seorang yang diparcayai
v Rapat dengan gurunya
v Paling tua di kalangan sahabat
Tarikh Wafat :
tahun 261 Hijrah
IMAM IBNU AMIR
Nama :
Abdullah bin ’Amir bin Yazid bin Tamin bin Rabi’ah bin ’Amir al-Yashabi
Tarikh lahir :
tahun 21 Hijrah
Kinayah :
Abu ’Imran
Keistimewaan :
v Imam Qiraat dalam masyarakat Syam
v Gabenor. Qadi dan Imam di Damsyik
v Terbaik di kalangan Muslimin tabi’in
Tarikh Wafat :
tahun 118 Hijrah
Anak murid :
antara yang mashur ialah :
v Hisyam
v Ibnu Zakwan
IMAM HISYAM
Nama :
Hisyam bin ’Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Silmi al-Dimasyqi
Tarikh lahir :
tahun 153 Hijrah
Kinayah :
Abu Al-Walid
Keistimewaan :
v Imam penduduk Damsyik
v Khatib, guru Qiraat dan Pemidato di Damsyiq
v Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil
Tarikh Wafat :
tahun 245 Hijrah
IMAM IBNU ZAKWAN
Nama :
Abdullah bin Ahmad bin Basyar / Basyir bin Dzakwan bin ’Amru
Tarikh lahir :
tahun 173 Hijrah
Kinayah :
Abu Muhammad atau Abu ’Amru al-Dimasyhqi
Keistimewaan :
v Imam Masjidil Haram
v Imam yang masyur dan dipercayai di Syam
v Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil
Tarikh Wafat : tahun 242 Hijrah
IMAM ’ASIM
Nama : ’Asim bin Abi Najud ( Abdulah ) bin Bahdalah Al-Asadi
Kinayah : Abu Bakar
Keistimewaan :
v Imam Qiraat dalam masyarakat Syam
v Gabenor. Qadi dan Imam di Damsyik
v Terbaik di kalangan Muslimin tabi’in
Tarikh Wafat :
tahun 127 Hijrah di Kufah
Anak murid :
antara yang mashur ialah :
v Syu’bah
v Hafs bin Sulaiman
IMAM SYU’BAH
Nama :
Syu’bah bin ’Ayash bin Salim bin al-Hanat al-’Asadi an-Nahsyali al-Kufi
Tarikh lahir :
tahun 95 Hijrah
Kinayah :
Abu Bakar
Keistimewaan :
v Imam besar di Kufah
v Ulama’ di kalangan Ahli Sunnah di Kufah
v Telah khatam al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali
Guru-gurunya :
v ’Asim bin Abi Najud
v A’to bin Saib
v Aslam Minqary
Anak murid :
v Abu Yusof Yaakob bin Khalifah
v Abd Rahman bin Abi Hammad
v Yahya bin Muhammad
Tarikh Wafat :
tahun 193 Hijrah
IMAM HAFS
Nama :
Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi
Tarikh lahir :
tahun 90 Hijrah
Kinayah :
Abu Umar
Keistimewaan :
v Berguru dengan ’Asim iaitu bapa tirinya
v Pakar dalam Ilmu Qiraat
Gurunya :
v ’Asim bin Abi Najud
Anak murid :
v Husin bin Muhamad Maruzi
v ’Amru bin as-Sobah
v Fudail bin Yahya
Tarikh Wafat : tahun 180 Hijrah
Riwayat Hafs banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh dunia
IMAM HAMZAH
Nama :
Hamzah bin Habib bin ’Amarah bin Ismail al-Kufi al-Tamimy
Tarikh lahir :
tahun 80 Hijrah
Kinayah :
Abu ’Amarah
Keistimewaan :
v Imam Qiraat di Kufah
v Setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai
v Pakar dalam Ilmu Faraid
v Pakar dalam bahasa Arab
v Penghafaz Hadith
Guru-gurunya :
v Abi hamzah hamran bin A’ayan
v Muhamad bin Abd Rahman
v Talhah bin Mashraf
v Abi Ishak ’Amru bin Abdullah
Anak murid :
v Kholaf
v Khollad
Tarikh Wafat :
tahun 156 Hijrah di Helwan, Iraq ketika berumur 76 tahun
IMAM KHOLAF
Nama :
Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Kholaf al-Asadi al-Baghdadi al-Bazzar
Tarikh lahir :
tahun 150 Hijrah
Kinayah :
Abu Muhammad
Keistimewaan :
v tekah menghafaz al-Qur’an ketika berusia 10 tahun
v seorang yang thiqah
v zuhud, alim dan kuat ibadah
Guru-gurunya :
v Salim bin Isa
v Abdul Rahman bin Hamad
v Abi Zaid Said bin Aus al-Ansari
Anak murid :
v Ahmad bin Ibrahim
v Ishak bin Ibrahim
v Ibrahim bin Ali
v Ahmad bin Zaid
Tarikh Wafat :
tahun 229Hijrah di Baghdad
IMAM KHOLAD
Nama :
Kholad bin Khalid as-Syaibani al-Kufi
Tarikh lahir :
tahun 119 Hijrah
Kinayah :
Abu I’sa
Keistimewaan :
v Pakar dalam Ilmu Qiraat
v seorang yang thiqah
v berpengetahuan tinggi dan seorang yang diyakini
v pandai bertarannum
Guru-gurunya :
v Salim bin Isa
v Husin bin Ali
Anak murid :
v Ahmad bin Yazid
v Ibrahim bin Nasrurrazi
v Ibrahim bin Ali
v Qasim bin Yazid
Tarikh Wafat :
tahun 220 Hijrah
IMAM KISAEI
Nama :
Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz
Tarikh lahir :
tahun 119 Hijrah
Kinayah :
Abu Hassan
Gelaran :
Kisaei
Keistimewaan :
v Alim dan imam di dalam Ilmu Nahu dan bahasa Arab
v seorang yang thiqah
v zuhud, alim dan kuat ibadah
Guru-gurunya :
v Imam Hamzah
v ’Asim
v Ismail bin Jaafar
Anak murid :
v Abu Harith
v Duri Kisaei
Tarikh Wafat :
tahun 189 Hijrah di Baghdad
IMAM ABU AL-HARITH
Nama :
Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi
Kinayah :
Abu al-Harith
Keistimewaan :
v Pakar dalam Ilmu Qiraat
v seorang yang thiqah
v berpengetahuan tinggi dan seorang yang diyakini
Guru-gurunya :
v imam Kisaei
v Hamzah bin Qasim
Anak murid :
v Muhammad bin Yahya
v Salmah bin ’Asim
Tarikh Wafat :
tahun 240 Hijrah
3 comments:
reference dari kitab ape?
syukran ats pkgsian..:)
Alhamdulillah terima kasih atas maklumat yang diberikan
Post a Comment