1) MEMELIHARA AGAMA
Islam menjamin suasana selesa bagi
memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Masyarakat
majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan
kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain:”
(Al-Hujurat, ayat 13)
“Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu” (Al-Rum, ayat 22)
“Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu” (Al-Rum, ayat 22)
Islam juga mengakui kewujudan pelbagai
agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran yang
bermaksud:
“Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu
beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad)
hendak paksa manusia sampai mereka menjadi mu’minin (beriman)” (Surah Yunus,
ayat 99)
“Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan
kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia
pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu
telah kerjakan:” (Surah al-Nahl, ayat 93)
”Tidak ada paksaan pada agama. Telah
nyata kebenaran daripada kesesatan.”
(Surah al-Baqarah ayat 256)
(Surah al-Baqarah ayat 256)
Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa
dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang
untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama
yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan
bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan
makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk
membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi
seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan
hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi
peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi
dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal
kepercayaan dan akidah.
Islam menyediakan cara hidup
bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan
beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang
berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib
dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar
memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan
sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi
ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi
berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip
agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling
hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami
dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini
jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat
majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan
mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama
yang akan tetap terpelihara.
Islam mengakui wujudnya agama lain namun
begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di
dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain
Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan
agama.
2. 2) MEMELIHARA NYAWA
Islam mewajibkan umatnya menjaga
keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan
nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan
kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati
perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang
rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh
sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan
dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di
akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana
ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan
kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.
Sebagai contoh keharmonian hidup
masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur
terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai
kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran
berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya
yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat,
empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan
mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa
terpelihara.
Islam juga bersifat anjal. Islam
mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu
perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya
hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat
berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil
dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat
menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan
mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.
3. 3) MEMELIHARA AKAL
Perkara-perkara yang menyentuh tentang
cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal
fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang
kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga
kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab
makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci
tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan
memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia
yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan
tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat
akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.
Makanan yang dimakan atau minuman yang
diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan
dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau
minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.
”Hendaklah perut itu dipaksa jangan
sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal
sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat
sehingga tidak mengenal batas.”
(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi
Ad-Dimasqi; Intipati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin,
halaman 1364 )
Islam juga mengajar adab melakukan
pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana
pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan
melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara
yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang
kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak
ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan
kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin
kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap
pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di
manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya
menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat
serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan
jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain
dan sesuai diamalkan oleh semua orang.
4. 4) MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN
Islam mendidik umatnya untuk sentiasa
memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan
keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi
mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin
secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin
diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu
tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember
2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang
secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang
berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat
Islam.
Islam telah mengiktiraf perkahwinan
poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami
dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal
dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat,
poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan
hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu
keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit
kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan
tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip
Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan
Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini
yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan
menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.
5. 4
0 MEMELIHARA HARTA
Setiap individu berhak mencari rezeki
masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta
benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak
melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari
usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada
sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya
akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.
Di Malaysia yang agama rasminya ialah
agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam
diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam
pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi
kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat
berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan
pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha
ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.
Hadis Rasulullah yang bermaksud:
Hadis Rasulullah yang bermaksud:
”Abdullah bin Omar berkata, saya telah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan
hartanya, maka ia mati syahid.” (Diriwayatkan oleh Bukhari )
Berdasarkan maksud masyarakat majmuk yang
telah dinyatakan di awal perbincangan tadi iaitu masyarakat majmuk ialah
masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan
tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup
cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri,
tentunya ia memerlukan gabungan nilai yang dapat diterima oleh semua pihak bagi
menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat yang bersatupadu. Keharmonian dan
masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara
satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian,
sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru itu Tamadun
Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara
nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta
yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di mana dasar utamanya ialah
untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah
sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Kesimpulannya Islam
mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup dan bersifat
universal sesuai diamalkan oleh semua orang.
No comments:
Post a Comment