Followers

19 May 2010

~10 WASIAT IMAM SYAFIE~



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,  beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut  ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan  dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh  perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA  DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan  percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu:  Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari  orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada  Allah.

KETIGA : HAK KEPADA  KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat  kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang  dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN  NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat  dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN  (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan  kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung  kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG  MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka  mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka  berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA  NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik  kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok  akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT  PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima  bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan  maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI  S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan  syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan  bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH  : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,  mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci  kemaksiatan.

Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali  agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama  mengamalkannya.

 

" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada  lurus di jalan Mu...Amin.." 

posted by :
 

No comments:



tag