Followers

Showing posts with label nota pelajaran. Show all posts
Showing posts with label nota pelajaran. Show all posts

09 October 2012

~ NOTA PIM 3111 ~ PART 1 ~

[PART 1]


Assalamualaikum wbt...
lama bebenor dah ambe tak update blog ni..ntah la....macam-macam koje yg ade... so, post kali ni, ambe nk share serba sdikit la pasal nota PIM 3111- Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bagi semester 6.. tak lama dah nak exam... harap2 nota ni serba sedikit membantu....





[PERKEMBANGAN PENDIDIKAN}


PERINGKAT PERTAMA



Ÿ Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin :-


Ÿ Dar al-Arqam :-
- rumah Arqam bin Abi Arqam
- Ilmu : mengajar wahyu
- Pendekatan : Menghafal, menghayati, mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran


Ÿ Masjid :-

- tempat ibadah, penyebaran dakwah dan Ilmu Islam serta tempat menyelesaikan masalah.

- tempat penemuan duta-duta asing.
- tempat pertemuan pemimpin Islam.
- Tempat bersidang dan madrasah.



Ÿ Masjid Quba’:-

- Institusi Pendidikan : mengajar, memberi khutbah dlm bentuk halaqah.



Ÿ As-suffah :-

- ruang atau bangunan surau yg bersambung dgn masjid.

- sesi p&p dilakukan secara teratur & sistematik.



Ÿ Kuttab :-

- ditubuhkan oleh orang Arab.

- memberi pendidikan kpd kanak-kanak peringkat rendah.
- mengajar kemahiran asas membaca & menulis.
- diajar oleh guru sukarela.



PERINGKAT KEDUA


Ÿ Zaman Umayyah (662-759 M) & Abbasiyah (781- 1258 M)



- pendidikan diperkembangkan.

- Pendidikan mendapat dorongan & galakan dr pemerintah.

- institusi pendidikan tinggi & lanjutan mula diperkenalkan sehingga melahirkan golongan sarjana & cerdik pandai.



Ÿ Manazil Ulama’ & Istana



- Rumah Ibnu Sina

- Rumah Muhammad Ibnu Tahir Bahrom

- Rumah Abu Sulayman.
- Istana khalifah turut dijadikan tempat pengembangan ilmu.



Ÿ Perpustakaan / Maktabah



- Umum : didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid di kota Baghdad.

- dikenali sebagai Baitul Hikmah

- berfungsi sbg gedung ilmu dr pelbagai bahasa spt Yunani, Parsi, Hindu, Latin dan sbgnya.






PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA


SEBELUM



INSTITUSI

- Institusi Rumah Imam / Guru

- Institusi Pondok
- Institusi Madrasah
- Institusi Sekolah
- Bangunan : surau / masjid & bangunan tambahan




KURIKULUM

- Al-Quran

- Fiqh
- Sirah
- Faraid
- Arab
- Ulum




TENAGA PENGAJAR

- Lepasan Pondok

- Lepasan Universiti Timur Tengah




SUMBER KEWANGAN

- Derma masyarakat

- Sumbangan Masyarakat




SELEPAS



INSTITUSI

Sekolah Kebangsaan Agama

- Sekolah Agama Negeri
- Sekolah Agama Rendah
- Fakulti Islam
- Maktab / Kolej
- Bangunan : Insfrastruktur lengkap.




KURIKULUM

- Mata Pelajaran Sekolah

- Sistem Peperiksaan / penilaian
- Pendidikan teratur & sistematik.




TENAGA PENGAJAR

- Kelulusan Institusi Pengajian tinggi dr Timur Tengah.

- Lepasan maktab & universiti tempatan.




SUMBER KEWANGAN

- Bentuk kewangan kerajaan

- Sumbangan Masyarakat.





KONSEP DAKWAH

Pengertian :

panggilan, seruan, undangan

Istilah :

”seru & ajak manusia melakukan kebaikan & menuruti petunjuk & melarang perbuatan mungkar yg dilarang oleh Allah & RasulNya.”

Syeikh al-Mahfuz :

”membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan & bimbingan, amar ma’ruf nahi mungkar semoga beroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat.”

Dakwah adalah sunnah para nabi menyeru kepada ”subul salam’ (jalan kebahagiaan), menunjukan jalan yg lurus sehingga manusia menerima seruan Allah dan RasulNya.



Dakwah bermula dari hati yg sedar bahawa inilah jalan kita, iaitu utk menyeru manusia kepada Allah sehingga mengikut jejak langkah Rasulullah saw.

Hukum : 1. wajib :-

- dari sudut prinsip : dakwah kewajipan Rasulullah, kewajipan Rasulullah menjadi kewajipan umat.

”Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” _al-Ahzab :21

- dari sudut fiqh : ”Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir.” al-Maidah : 67


Hukum : 2. Fardhu Kifayah :

apabila ada seseorang selesaikan masalah, gugur dosa dari semua.

Namun, apabila ada orang buat kerja dakwah tetapi masalah belum sempurna, jadi dakwah masih wajib atas semua mukallaf.



Tujuan Dakwah :-

Ÿ Ubah pandangan hidup
Ÿ Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya
Ÿ Amar ma’ruf nahi mungkar.
Ÿ Memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Uslub Dakwah :-

Ÿ Pastikan penyakit dan penawar
Ÿ Hapuskan syubhat
Ÿ Targhib dan tarhibTarbiyyah dan ta’lim.


Pengurusan Implikasi Dakwah Terbaik

  1. Memanfaat n mengembangkan usul dakwah
  2. Terima dan hormat mad’u sebagai aset agama , bangsa dan negara.
  3. Gerak dan sumbangkan bakti ut pembangunan ummah.
  4. Bina program yg terancang dan sesuai ;-
- sistem maklumat mad’u.
- latihan dan kursus terancang
- penglibatan yag aktif
- ubah, ganti dan pelbagaikan teknik dakwah.
- Betulkan tanggapan dan persepsi tentang dakwah.



Strategi Memperasakan Dakwah :-

- mantapkan pengurusan dakwah disemua peringkat
- menganggotai & meneraju organisasi dakwah.
- menyokong & iktiraf pemimpin
- kuasai media sebagai wadah dakwah
- menjadi penulis, pencinta atau penggiat media
- menjadi perunding atau penggiat agama
- membina hubungan rapat dgn institusi dakwah.
- membuat perancangan strategik dan ’blue print” dakwah.

Teknik Dakwah ;-
- lisan
- kitabah
- hal


Perkara yg membantu keberkesanan dakwah :-
- perancangan strategi
- sokongan pelbagai pihak
- dana kewangan
- bijak mengambil peluang





Kemahiran & Pendekatan Dakwah :-

- Ilmu yg mendalam
- Imej diri yg menarik
- Nasihat & gaya bahasa berhikmah


Cabaran & Rintangan Dakwah :-

- Cabaran :-

Ÿ Kurang memahami fikrah dakwah
Ÿ Kekangan masa
Ÿ Daya kepimpinan
Ÿ Suasana persekitaran
Ÿ Sokongan masyarakat
Ÿ Pengaruh globalisasi

- Rintangan :-

Ÿ Nafsu syaitan
Ÿ Mengejar keduniaan (hubbud dunia)






KONSEP DAKWAH DALAM PENDIDIKAN


1. Definisi dakwah

Dari Sudut Bahasa

- satu teknik untuk menarik manusia kepada ajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal.

Perkataan “DAKWAH” berasal daripada perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu perkara.Dari Segi Istilah
Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.Abul Ala’Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.


2. Kewajipan Berdakwah


Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan, baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas.
Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah yang tidak dapat dilakukan secara individu.

Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah, tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.


3. Ciri-Ciri Pendakwah

Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata saya seorang muslim” (Fushilat; 33)Abul A’la Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.


4. Methodologi Dakwah

- Tanpa kekerasan

Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)
Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya.

- Hikmah

Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.

- Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)

Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

- Berdialog Dengan Cara Yang Baik

Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.





5. Dakwah Dalam Pendidikan

1. Dakwah sebagai tabligh. 

Tabligh artinya menyampaikan, orangnya disebut muballigh. Dakwah sebagai tabligh wujudnya adalah muballigh menyampaikan dakwah (ceramah) kepada masyarakat. Dakwah dalam bentuk keterangan, informasi, ajaran, seruan atau gagasan.


2. Dakwah Sebagai Ajakan. Orang akan tertarik kepada ajakan jika tujuannya menarik.

Oleh karena itu da’i harus bisa merumuskan tujuan kemana masyarakat akan diajak. Ada dua tujuan, makro dan mikro. Tujuan makro cukup jelas yaitu mengajak manusia kepada kebahagiaan dunia akhirat. Da’i dan muballigh pada umumnya tidak pandai merumuskan tujuan mikro, tujuan jangka pendek yang mudah terjangkau, yang menarik hati masyarakatnya.


3. Dakwah sebagai pekerjaan menanam. 

Berdakwah juga mengandung arti mendidik manusia agar mereka bertingkahlaku sesuai dengan nilai-nilai Islam. Mendidik adalah pekerjaan menanamkan nilai-nilai ke dalam jiwa manusia. Nilai-nilai yang ditanam dalam dakwah adalah keimanan, kejujuran, keadilan, kedisiplinan, kasih sayang, rendah hati dan nilai-akhlak mulia lainnya. Guru di sekolah (dan lembaga pendidikkannya) adalah da’i yang berdakwah berupa menanam.Guru yang da’i adalah guru yang mampu menjadi pendidik, bukan guru yang sekadar menjadi pengajar. Pengajar hanya menyampaikan pengetahuan, sedangkan pendidik mengubah pola tingkah laku atau kebudayaan.


4. Dakwah berupa pekerjaan membangun. 

Secara makro dakwah juga bermakna membangun, membangun apa? Sebagaimana dicontohkan dalam sejarah, dakwah juga boleh dimaksudkan untuk membangun tata dunia Islam (daulah Islamiyah), lebih kecil lagi membangun negara Islam (nasional), lebih kecil lagi membangun masyarakat Islam atau Islami, dan lebih kecil lagi membangun komuniti Islam. 


6. Kesan Dakwah

- Melahirkan semula insan muslim, mukminin, muhsinin, muttaqin melalui pentarbiyahan berasaskan manhaj amal yang pernah melahirkan generasi pertama.
- Memperbaiki keluarga-keluarga muslim agar menjadikan objektif Islam sebagai objektif dalam sistem hidup kekeluargaan mereka.
- Membina semula masyarakat berasaskan tanggungjawab kemasyarakatan yang di asaskan atas dasar Islam.
- Menyatukan semua umat Islam ini dalam organisasi yang meletakkan wala’ hanya kepada Allah dan rasulnya dan berusaha membebaskan diri daripada cengkaman ideologi dan sistem kerajaan jahiliah.
- Melahirkan organisasi Islam yang akhirnya merubah dan mengislah seluruh sistem kerajaan sekular agar menjadi Islam sebagai asas kepada seluruh sistem ada.
- Membentuk Pertubuhan Negara-negara Islam dan melantik khalifah kepada ummah
- Menerajui dunia dengan globalisasi Islam yang membawa Rahmat kepada alam sejagat 


PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM


Umum mengetahui tugas seorang guru Pendidikan Islam memang menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya .Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan , menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidakkah ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah?

Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim).Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.


Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya.
Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.


Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.


Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu.
Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama). Kita boleh lihat bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang.
Kepentingan akhlak diberi penekanan yang wajar oleh Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah memuji Nabi Muhammad saw. dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud: Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4)

Kita boleh bersetuju dengan pemikir barat mengenai peradaban dan moral. Albert Schweitzer dalam bukunya Civilization and Ethics menyebut, kualiti sesuatu peradaban itu terletak pada keberadaban tenaga moral dalam peradaban itu. Adanya guru yang beradab dan memberi pendidikan adab kepada murid selain mendidik ilmu, adalah penyelesai banyak masalah yang dihadapi masyarakat.


Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran
Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai 




23 September 2011

~PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM~


      1) MEMELIHARA AGAMA

Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain:” (Al-Hujurat, ayat 13)

“Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu” (Al-Rum, ayat 22)

Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi mu’minin (beriman)” (Surah Yunus, ayat 99)

“Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan:” (Surah al-Nahl, ayat 93)

”Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan.”
(Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah.

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara.

Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama.


2.  2)   MEMELIHARA NYAWA

Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Islam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.


3.    3) MEMELIHARA AKAL

Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

”Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.”

(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )

Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.




4.   4)  MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN

Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.


5.    4
0 MEMELIHARA HARTA

Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

”Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.” (Diriwayatkan oleh Bukhari )

Berdasarkan maksud masyarakat majmuk yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi iaitu masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri, tentunya ia memerlukan gabungan nilai yang dapat diterima oleh semua pihak bagi menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat yang bersatupadu. Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru itu Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Kesimpulannya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup dan bersifat universal sesuai diamalkan oleh semua orang.

12 November 2010

~BIODATA IMAM-IMAM QIRAAT~



IMAM NAFI’ AL-MADANI

Nama sebenar beliau adalah Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Na’im Al-Laithi. Beliau telah digelar Abu Ruwim, Abu Hassan dan juga Abu Abd Rahman. Beliau telah dilahirkan pada tahun 70 Hijrah di Asbahan. Antara sifat peribadi beliau adalah beliau merupakan seorang yang berkulit gelap namun beliau mempunyai wajah yang mudah tersenyum. Selain itu, beliau juga mempunyai akhlak yang sangat mulia dan suka bersenda gurau dengan para sahabat. Beliau merupakan salah seorang Imam Qiraat masyarakat di Madinah dan juga terkenal sebagai seorang yang pakar dalam bidang al-Qur’an. Sejak masih muda lagi, beliau telah menekuni Al-Qur’an dan berguru tentang Qur’an kepada lebih dari 70 orang guru. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 169 Hijrah di Madinah ketika berumur 99 tahun.

Sepanjang hayat, beliau pernah bertalaqqi dengan 70 orang imam tabi’in dan di antaranya ialah Abu Jaafar, Syaibah bin Nasoh, Muslim bin Jundab, Yazid bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Shihab dan Abd Rahman bin Hurmuz. Antara orang yang mengambil sanad dengan beliau ialah Imam Malik bin Anas, Imam al-Laith bin Saad, Abu Amru bin A’la, Isa bin Wardan dan juga Sulaiman bin Muslim bin Jammaz. Antara perawi yang Mashur yang meriwayatkan bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan Warsh.

Diriwayatkan bahawa Imam Nafi’ setiap kali beliau berkata-kata maka akan keluar dari mulutnya bau yang sangat wangi seperti kasturi. Maka orang ramai bertanya kepada Imam Nafi': " Engkau ni pakai minyak wangi ke setiap kali engkau nak ngaji depan orang ramai?". Imam Nafi' menjawab: "Aku tidak pernah mendekati minyak wangi sepanjang hidupku apatah lagi menyentuhnya, akan tetapi aku telah bermimpi sewaktu tidurku melihat Baginda SAW membaca sesuatu di mulutnya dekat ke mulut aku. Maka semenjak itulah sesiapa sahaja akan menghirup harumnya bau itu dari mulutku".



IMAM QALUN

Nama sebenar baliau ialah Abu Musa Isa bin Mi’na bin Wardan bin Isa bin Abd Samad  bin Umar bin Abdullah Al-Zarqi. Nama kedua beliau ialah Abu Musa. Beliau telah mendapat gelaran Qalun kerana kelunakannya membaca al-Qur’an. Beliau merupakan anak tiri kepada Imam Nafi’ Al-Madani. Beliau telah dilahirkan pada tahun 120 Hijrah dan telah wafat pada tahun 220 Hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma’mum.

Beliau telah mula bertalaqqi dengan Imam Nafi’ ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun. Antara sifat peribadi beliau ialah bacaan al-Qur’annya sangat baik dan beliau juga boleh berbahasa Rom dengan baik. Selain itu, beliau juga tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat. Beliau mempunyai penyakit pekak dan tidak mendengar apa-apa tetapi apabila dibacakan al-Qur’an kepadanya beliau dapat mendengarnya dengan jelas malah mampu untuk memperbetulkan bacaan al-Qur’an yang slah dari qari yang sedang membaca al-Qur’an.

Abu Muhammad al-Bagdadi berkata;
”Imam Qalun adalah seorang yang sangat pekak kerana beliau sepanjang hayatnya tidak pernah mendengar perkara yang lagha walau sekali. Ini kerana setiap kali dibacakan al-Quran padanya beliau boleh mendengar dengan baik sehinggakan dia boleh memahami bacaan mereka bahkan mengetahui kesalahan bacaan al-Quran tersebut sekaligus memperbetulkan bacaan yang dibacakan padanya hanya berdasarkan dengan perhatiannya kepada gerakan mulut sahaja”



IMAM WARSH



            Nama penuh beliau ialah Abu Sa’id Uthman bin sa’id bin Abdullah bin Amru bin Sulaiman bin Ibrahim manakala nama kedua beliau ialah Abu Sa’id. Beliau telah mendapat gelaran Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi’ kerana kulitnya putih. Beliau telah dilahirkan pada tahun 110 Hijrah di Quirawan di Daerah Saidi, Mesir. Beliau telah wafat pada tahun 197 Hijrah pada zaman Khalifah Al-Ma’mum ketika usianya 87 tahun di Mesir.

            Antara sifat peribadi beliau ialah meerupakan seorang yang berkulit putih dan mempunyai sepasang mata yang berwarna biru. Beliau merupakan seorang yang matang dan mempunyai pergerakan yang lincah. Beliau juga merupakan seorang pakar bahasa Arab yang terkenal pada zamannya. Selain itu, beliau mempunyai suara yang sangat merdu


IMAM IBNU KATHIR AL-MAKKI

Nama : 
Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bain Zazan bin Fairuz bin Hurmuz

Tarikh lahir : 
tahun 45 Hijrah di Makkah

Gelaran : 
Abu Ma’bud

Sifat Peribadi :
v   Berkulit hitam manis
v   Bermata biru
v   Putih kepala dan janggut
v   Fasih dan pandai berkata-kata
v   Berbadan tegap dan tinggi

Tarikh Wafat :
tahun 120 Hijrah di Makkah ketika berumur 75 tahun

Anak murid :
antara yang mashur ialah :
v    Al-Bazzi
v    Qunbul



IMAM AL-BAZZI

Nama : 
Abu hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah Al-Makki

Tarikh lahir : 
tahun 170 Hijrah di Makkah

Gelaran :
Abu Al-Hassan

Sifat Peribadi :
v   Antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir
v   Salah seorang perawi Ibnu Kathir
v   Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai
v   Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan
v   Seorang muazzin dan imam di Msjidil Haram selama 40 tahun



Tarikh Wafat : tahun 250 Hijrah ketika berumur 80 tahun









IMAM QUNBUL






Nama : 
Muhammad bin Abdul Rahman bin Khalid bin Muhammad bin Said Al-Makhzumi Al-Makki

Tarikh lahir :
tahun 195 Hijrah di Makkah

Gelaran :
Qunbul

Kuniyah :
Abu Amru

Sifat Peribadi :
v   Terkenal dengan akhlak mulia
v   Salah seorang perawi Ibnu Kathir
v   Perawi yang dhobit yang boleh dipercayai
v   Seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hukum agama

Tarikh Wafat :
tahun 291 Hijrah ketika berumur 96 tahun di Makkah



IMAM ABU AMRU

Nama : 
Zabban bin al-’Ala bin ’Ammar bin Al-Iryan bin Abdullah bin Al-Husain Al-Mazani

Tarikh lahir :
tahun 68 Hijrah di Makkah

Gelaran : 
Ibnu al-’Ala

Sifat Peribadi :
v   Seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa arab
v   Pakar dalam bidang berkaitan al-Qur’an 
v   Seorang yang benar, dipercayai, amanah, zuhud, dan alim   dalam bidang agama


v   Ulama’ besar yang beramal dengan ilmunya
v   Pakar dalam Ilmu Qiraat, Nahu dan Feqah

Tarikh Wafat :
tahun 154Hijrah di Kuffah

Anak murid : 
antara yang mashur ialah :
v    Al-Duri
v    Susi






IMAM AD-DURI







Nama : 
Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Subhan bin ’Ada bin Subhan ad-Duri al-Azli Al-Baghdadi

Tarikh lahir : 
tahun 150 Hijrah pada zaman al-Mansor

Gelaran : 
Ad-Duri

Kinayah :
Abu ’Amru

Sifat Peribadi :
v   Seorang yang benar
v   Perawi yang terawal membukukan Ilmu Qiraat
v   Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya
v   Pakar dalam bidang Hadih

Tarikh Wafat : 
tahun 246 Hijrah pada zaman Mutawakkal



IMAM AS-SUSI

Nama :
Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Ibrahim bin al-Jarud

Tarikh lahir : 
tahun 170 Hijrah

Kinayah : 
Abu Syuaib

Sifat Peribadi :
v   Seorang yang dhobit ( kuat ingatan )
v   Seorang yang diparcayai
v   Rapat dengan gurunya
v   Paling tua di kalangan sahabat

Tarikh Wafat :
tahun 261 Hijrah



IMAM IBNU AMIR

Nama : 
Abdullah bin ’Amir bin Yazid bin Tamin bin Rabi’ah bin ’Amir al-Yashabi

Tarikh lahir : 
tahun 21 Hijrah

Kinayah : 
Abu ’Imran

Keistimewaan :
v   Imam Qiraat dalam masyarakat Syam
v   Gabenor. Qadi dan Imam di Damsyik
v   Terbaik di kalangan Muslimin tabi’in

Tarikh Wafat :
tahun 118 Hijrah

Anak murid : 
antara yang mashur ialah :
v    Hisyam
v    Ibnu Zakwan



IMAM HISYAM

Nama :
Hisyam bin ’Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Silmi al-Dimasyqi

Tarikh lahir : 
tahun 153 Hijrah

Kinayah :
Abu Al-Walid

Keistimewaan :
v   Imam penduduk Damsyik
v   Khatib, guru Qiraat dan Pemidato di Damsyiq
v   Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil

Tarikh Wafat : 
tahun 245 Hijrah



IMAM IBNU ZAKWAN

Nama : 
Abdullah bin Ahmad bin Basyar / Basyir bin Dzakwan bin ’Amru

Tarikh lahir :
tahun 173 Hijrah

Kinayah : 
Abu Muhammad atau Abu ’Amru al-Dimasyhqi

Keistimewaan :
v   Imam Masjidil Haram
v   Imam yang masyur dan dipercayai di Syam
v   Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil

Tarikh Wafat : tahun 242 Hijrah





IMAM ’ASIM





Nama : ’Asim bin Abi Najud ( Abdulah ) bin Bahdalah Al-Asadi

Kinayah : Abu Bakar

Keistimewaan :
v   Imam Qiraat dalam masyarakat Syam
v   Gabenor. Qadi dan Imam di Damsyik
v   Terbaik di kalangan Muslimin tabi’in

Tarikh Wafat :
tahun 127 Hijrah di Kufah

Anak murid : 
antara yang mashur ialah :
v    Syu’bah
v    Hafs bin Sulaiman



IMAM SYU’BAH

Nama :
Syu’bah bin ’Ayash bin Salim bin al-Hanat al-’Asadi an-Nahsyali al-Kufi

Tarikh lahir : 
tahun 95 Hijrah

Kinayah : 
Abu Bakar

Keistimewaan :
v   Imam besar di Kufah
v   Ulama’ di kalangan Ahli Sunnah di Kufah
v   Telah khatam al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali

Guru-gurunya :
v   ’Asim bin Abi Najud
v   A’to bin Saib
v   Aslam Minqary

Anak murid :
v   Abu Yusof Yaakob bin Khalifah
v   Abd Rahman bin Abi Hammad
v   Yahya bin Muhammad

Tarikh Wafat :
tahun 193 Hijrah






IMAM HAFS

Nama : 
Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi

Tarikh lahir : 
tahun 90 Hijrah

Kinayah :
Abu Umar

Keistimewaan :
v   Berguru dengan ’Asim iaitu bapa tirinya
v   Pakar dalam Ilmu Qiraat

Gurunya :
v   ’Asim bin Abi Najud

Anak murid :
v   Husin bin Muhamad Maruzi
v   ’Amru bin as-Sobah
v   Fudail bin Yahya

Tarikh Wafat : tahun 180 Hijrah

*      Riwayat Hafs banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh dunia








IMAM HAMZAH

Nama : 
Hamzah bin Habib bin ’Amarah bin Ismail al-Kufi al-Tamimy

Tarikh lahir : 
tahun 80 Hijrah

Kinayah : 
Abu ’Amarah

Keistimewaan :
v   Imam Qiraat di Kufah
v   Setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai
v   Pakar dalam Ilmu Faraid
v   Pakar dalam bahasa Arab
v   Penghafaz Hadith

Guru-gurunya :
v   Abi hamzah hamran bin A’ayan
v   Muhamad bin Abd Rahman
v   Talhah bin Mashraf
v   Abi Ishak ’Amru bin Abdullah

Anak murid :
v   Kholaf
v   Khollad

Tarikh Wafat : 
tahun 156 Hijrah di Helwan, Iraq ketika berumur 76 tahun






IMAM KHOLAF

Nama : 
Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Kholaf al-Asadi al-Baghdadi al-Bazzar

Tarikh lahir : 
tahun 150 Hijrah

Kinayah : 
Abu Muhammad

Keistimewaan :
v   tekah menghafaz al-Qur’an ketika berusia 10 tahun
v   seorang yang thiqah
v   zuhud, alim dan kuat ibadah

Guru-gurunya :
v   Salim bin Isa
v   Abdul Rahman bin Hamad
v   Abi Zaid Said bin Aus al-Ansari

Anak murid :
v   Ahmad bin Ibrahim
v   Ishak bin Ibrahim
v   Ibrahim bin Ali
v   Ahmad bin Zaid

Tarikh Wafat : 
tahun 229Hijrah di Baghdad






IMAM KHOLAD

Nama : 
Kholad bin Khalid as-Syaibani al-Kufi

Tarikh lahir :
tahun 119 Hijrah

Kinayah : 
Abu I’sa

Keistimewaan :
v   Pakar dalam Ilmu Qiraat
v   seorang yang thiqah
v   berpengetahuan tinggi dan seorang yang diyakini
v   pandai bertarannum

Guru-gurunya :
v   Salim bin Isa
v   Husin bin Ali

Anak murid :
v   Ahmad bin Yazid
v   Ibrahim bin Nasrurrazi
v   Ibrahim bin Ali
v   Qasim bin Yazid

Tarikh Wafat : 
tahun 220 Hijrah






IMAM KISAEI

Nama :
Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz

Tarikh lahir :
tahun 119 Hijrah

Kinayah : 
Abu Hassan

Gelaran : 
Kisaei

Keistimewaan :
v   Alim dan imam di dalam Ilmu Nahu dan bahasa Arab
v   seorang yang thiqah
v   zuhud, alim dan kuat ibadah

Guru-gurunya :
v   Imam Hamzah
v   ’Asim
v   Ismail bin Jaafar

Anak murid :
v   Abu Harith
v   Duri Kisaei

Tarikh Wafat : 
tahun 189 Hijrah di Baghdad







IMAM ABU AL-HARITH

Nama : 
Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi

Kinayah :
Abu al-Harith

Keistimewaan :
v   Pakar dalam Ilmu Qiraat
v   seorang yang thiqah
v   berpengetahuan tinggi dan seorang yang diyakini

Guru-gurunya :
v   imam Kisaei
v   Hamzah bin Qasim

Anak murid :
v   Muhammad bin Yahya
v   Salmah bin ’Asim

Tarikh Wafat :
tahun 240 Hijrah


posted by:







tag