Followers

09 October 2010

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QUR’AN DAN PENGENALAN RASM UTHMANI


Penulisan Al-Qur’an bermula Sejak Al-Qur’an diturunkan. Usaha tersebut diteruskan oleh Saidina Abu Bakar. Setelah  khalifah Abu Bakar wafat pada tahun 13 hijrah beliau diganti oleh califa Umar bin al-Khattab dan tugas menyimpan suhuf diambil oleh beliau. Selepas kewafatan khalifah Umar, suhuf tersebut disimpan pula oleh anak perempuannya Hafsah binti Umar sehingga beliau meninggal dunia. Kemudian suhuf tersebut diambil oleh Marwan al-Hakim yang menjadi gabenor Madinah dan terus membakarnya.

Pembakaran ini dilakukan selepas suhuf tersebut dijadikan rujukan untuk menulis mashaf imam pada zaman saidina Usman. Pada permulaan zaman Saidina Usman berlaku penaklukan islam ke beberapa buah negara di sekitarnya dan ramai penduduk negara-negara yang ditawan memeluk islam. Berikutan itu banyak berlaku perbezaan pada pembacaan al-quran kerana penduduk di setiap kota islam mempelajari al-quran dengan wajah qiraat tertentu daripada sahabat yang berbeza.

       Pada tahun ke-25 hijrah satu jawatankuasa al-quran telah dibentuk di bawah pengawasan Saidina Usman untuk menyusun dan menyalin semula supaya bacaan dan penulisan al-quran diseragamkan. Penulisan al-quran yang di satu dan diseragamkan melalui beberapa kaedah ini dikenali rasm Uthmani.


Penulisan dan pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w
                                                           
Menurut ahli sejarah, penulisan Al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w menerima wahyu baginda terus menyampaikan kepada para sahabat dan menerangkan tentang pengertian serta rahsia wahyu tersebut.Bentuk pengajaran ini berbentuk Talaqqi atau Munahadah.Melalui penjelasan Rasulullah s.a.w para sahabat dapat memahami ilmu-ilmu Al-Quran dengan sempurna.

Sikap para sahabat yang penuh keyakinan dan kecintaan terhadap Al-Quran telah bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran daripada Rasulullah s.a.w dengan penuh minat.

Antara penulis wahyu yang terkenal ialah:

 

    • Abu Bakar as-Siddiq

    •  
      Umar bin al-Khattab
    • Uthman bin Affan
    • Ali bin Abi Talib
    • Zaid bin Thabit
    • Ubai bin Ka'ab
    • Thabit bin Qais

Oleh kerana pada zaman itu tiada kertas, maka penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat Al-Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain.Kemudian catatan itu disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

 Penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Selepas kewafatan Rasulullah,para sahabat melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah Islam yang pertama.Pada zaman berkenaan wujudnya peperangan Yamamah pada tahun 11 Hijrah iaitu memerangi golongan riddah.Golongan riddah ini ialah orang yang murtad, mengaku sebagai nabi dan golongan yang tidak membayar zakat.Dalam peperangan tersebut seramai 700 orang hafiz Al-Quran telah syahid.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya sebab-sebab yang berlatarbelakangkan pengumpulan naskah-naskah Al-Qur’an yang terjadi pada masa Abu Bakar iaitu Atsar yang diriwatkan dari Zaid bin Tsabit r.a. yang berbunyi:

 "Suatu ketika Abu bakar menemuiku untuk menceritakan perihal korban pada perang Yamamah , ternyata Umar juga bersamanya. Abu Bakar berkata :" Umar menghadap kapadaku dan mengatakan bahawa korban yang gugur pada perang Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Qur’an, aku khawatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al-Qur’an di beberapa tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Qur’an, menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpul-kan Al-Qur’an, lalu aku berkata kepada Umar : " Bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S. A. W. ?" Umar menjawab: "Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan".
Selanjutnya Umar selalu saja mendesakku untuk melakukannya sehingga Allah melapangkan hatiku, maka aku setuju dengan usul umar untuk mengumpulkan Al-Qur’an.

Zaid berkata: Abu bakar berkata kepadaku : "engkau adalah seorang pemuda yang cerdas dan pintar, kami tidak meragukan hal itu, dulu engkau menulis wahyu (Al-Qur’an) untuk Rasulullah s. a. w., maka sekarang periksa dan telitilah Al-Qur’an lalu kumpulkanlah menjadi sebuah mushaf".

Zaid berkata : "Demi Allah, andaikata mereka memerintahkan aku untuk memindah salah satu gunung tidak akan lebih berat dariku dan pada memerintahkan aku untuk mengumpulkan Al-Qur’an. Kemudian aku teliti Al-Qur’an dan mengumpulkannya dari pelepah kurma, lempengan batu, dan hafalan para sahabat yang lain).

Berdasarkan peristiwa itu, Saidina Umar telah mencadangkan beberapa kali agar diadakan usaha pengumpulan Al-Quran kerana dikhuatiri Al-Quran akan terhapus kerana ramai Qurra' yang gugur syahid

Saidina Abu Bakar berasa ragu-ragu dengan cadangan Saidina Umar pada permulaannya kerana perkara ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Tetapi akhirnya Khalifah Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu beberapa sahabat yang lain.Melalui usaha itu, maka terkumpullah Al-Quran dalm bentuk suhuf.

Selepas Khalifah Abu Bakar wafat suhuf tersebut disimpan di rumah Saidina Umar.Selepas kewafatan Saidina Umar lembaran suhuf itu tadi telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Hafsah binti Umar al-Khattab.
  
 Sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan empayar Islam telah berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan tempat-tempat lain termasuk Armenia, Arzebaijan dan Khurasan.Umat Islam Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

o   Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab dan Saidina Umar al-Khattab.
o   Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda'
o   Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saidina Umar al Khattab,Ubai bin Ka'ab,Zaid bin Thabit,Saidina Uthman bin Affan,Saidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha'ari.
o   Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,Saidina Ali bin Abi Talib,Saidina Uthman bin Affan,Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu saat Hudzaifah yang pada waktu itu memimpin pasukan muslim bagi wilayah Syam untuk menakluki Armenia, Azerbaijan  dan Iraq, menghadap Uthman dan menyampaikan kepadanya atas realiti yang terjadi di mana terdapat perbezaan bacaan Al-Qur’an yang mewujudkan perselisihan.

Ia berkata : "wahai Uthman, cubalah lihat rakyatmu, mereka berselisih gara-gara bacaan Al-Qur’an, jangan sampai mereka terus menerus berselisih sehingga menyerupai kaum Yahudi dan Nasrani ".

Pada tahun 25 Hijrah, telah berlaku pertelingkahan antara umat Islam mengenai perbezaan tulisan dan bacaan Al-Quran sehingga hampir tercetusnya peperangan. Hasil daripada cadangan Huzayfah Al-Yamani seorang panglima tentera Iraq, Saidina Uthman telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai Jawatankuasa Penulisan Al-Quran untuk menyusun satu mashaf agar tidak berlaku lagi perbalahan.Antara sahabat lain yang turut terlibat ialah:
o   Abdullah bin Zubair
o   Said bin Al-'as
o   Abdul Rahman bin Harith bin Hisham

Saidina Uthman telah mengingatkan kepada Jawatankuasa Penulisan Al-Quran bahawa asal rujukan mereka ialah bacaan daripada para Qurra'. Jika terdapat perbezaan bacaan, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa itu.

Menurut pendapat muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6 mashaf. Sebuah mashaf dinamakan "Mushaf al-Imam" untuk kegunaan Saidina Uthman sendiri dan mushaf lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah beserta imam (qari) yang adil dan mutqin untuk mengajar penduduk berkenaan.
a)     Abdullah bin Saaib (Mekah)
b)    Al-Mughirah bin Abi Syahab (Syam)
c)    Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami (Kufah)
d)    Amru bin Qais (Basrah)
e)    Zaid bin Thabit (Madinah)

Selepas itu, Saidina Uthman memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang telah ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah S.A.W secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

*                        Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.
*                        Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang                      penulisan al-Quran.
*                        Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.
*                        Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.
*                        Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang.

  Sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Bani Umayyah.

Pada zaman Bani Umayyah, mereka menggunakan naskhah yang telah  dihantar olek Khalifah Uthman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan titik. Pertambahan umat islam daripada kalangan bukan arab telah merubah keadaan. Isimilasi bahasa berlaku antara orang arab dengan orang bukan arab. Ini telah memberi kesan kepada bahasa arab yang asli.

Kebanyakan orang bukan arab sukar untuk membezakan kalimah al-quran dan huruf-hurufnya.Ini  kerana ianya tidak mempunyai sebarang baris dan titik. Jika perkara ini berlaku berterusan ia akan menjejaskan sebutan al-quran dan mengubah kalimah al-quran yang asal. Keadaan ini disedari oleh pemerintah islam pada masa itu. Mereka telah membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-quran agar terus berkekalan.

Antara usaha tersebut ialah:
Ø  memperkenalkan dhobt al-quran iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun (baris mati), sabdu, mad dan sebagainya. Ia telah dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Duali semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Usaha ini telah diteruskan oleh ulama’ terkemudian dengan membuat penambahan terhadap tanda-tanda tersebut.

Ø  Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf  ba, ta, sa dan lain-lain. Ia dilaksanakan oleh Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya’mur. Ia dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan Hajjaj bin Yusuf Saqafi.


Proses penambah baikan tanda-tanda al-quran telah diteruskan pada zaman Abasiyah. Ia dilaksanakan oleh Khalil bin Ahmad al-Basari. Ia telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh Abu Aswad al-Duali dan tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.




6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya minta keizinan untuk jadikan isi kandungan tajuk dalam blog saudara sbg rujukan asgnment..boleh?

jadikan shalat dan sabar sebagai penolongmu said...

subhanalah blognya bagus, semoga terus ditingkatkan demi Al Haqq

Arrr said...

salam. saya nak komen pasal blog. lagu yg dipasang auto n tak dapat jumpa switch on off tu agak mengganggu sebenarnya. tak jadi nak baca isi blog ni terus nak tekan "x". sekian, komen ikhlas. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya minta keizinan untuk jadikan isi kandungan tajuk dalam blog saudara sbg rujukan asgnment..terima kasih.

R_S said...

Assalamualaikum...saya minta keizinan untuk jadikan isi kandungan tajuk dalam blog saudara sbg rujukan asgnment..terima kasih

aHmaD mUStaQim said...

Silakan saudara :)



tag