Followers

14 November 2010

-DOA UNTUK IBU BAPA-

~Dedicated specially 4 our beloved Umi and Abah~...
"Happy Anniversary"....




Ya Allah
 Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
 Perindahlah ucapanku di depan mereka
 Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
 Lembutkan hatiku untuk mereka  

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.  

Ya Allah,
 Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
 jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.  

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .  

Sesungguhnya
Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih
diantara semua pengasih.  

Amin Ya Rabbul Alamin..   



Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
 Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

 Abah... Umi..
ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Abah...Umi.....
selamat menyambut Ulang tahun perkahwinan yg ke 29 esok bersamaan 15 November 2010...
semoga sentiasa di dalam rahmat-Nya...kami anak2 mu amat menyayangi umi n abah....
semoga bahagia selalu....



posted by:
anakmu..



No comments:



tag