Followers

12 November 2010

~~NOTA PAI THN 1 - THN 6~~

KONSEP IMAN

TAHUN  SATU


Rukun  Iman

Rukun Iman: ialah perkara-perkara yang wajib dipercayai dan diyakini oleh orang Islam.


Rukun Iman Enam Perkara;
  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada malaikat
  3. Beriman kepada kitab
  4. Beriman kepada rasul
  5. Beriman kepada hari Qiamat
  6. Beriman kepada Qadak dan Qadar


Kesan menghayati rukun iman;
  1. Taat perintah Allah dan rasulnya
  2. Sentiasa syukur kepada Allah
  3. Redha dengan ketentuan Allah

Beriman kepada Allah ertinya mengaku dan yakin bahawa Allah itu ada. Kita wajib melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.



Sebutkan bukti kekuasaan Allah Ta`ala;

Di udara contohnya awan yang bergerak diudara dan unggas-unggas yang mampu berterbangan di udara.

Di darat  contohnya pokok-pokok besar hidup subur dan tinggi seperti yang terdapat didalam hutan, banyak binatang yang hidup dengan tempat tinggalnya sendiri.

Di air contohnya berjuta-juta spesis ikan hidup didalam air dengan warna, bentuk yang cantik dan berbeza antara satu sama lain.Bukti kekuasaan Allah boleh dilihat, didengar, dihidu dan dirasa.

RUKUN IMAN
  • Beriman Kepada Allah Ta'ala
  • Beriman Kepada Para Malaikat
  • Beriman Kepada Kitab
  • Beriman Kepada Rasul
  • Beriman Kepada Hari Qiamat
  • Beriman Kepada Qada' dan Qadar Allah

TAHUN  DUA


Beriman kepada Malaikat

Cara beriman kepada malaikat;

1)      Percaya kepada kewujudannya.
2)      Mengawal tingkah laku menurut perintah Allah.
3)      Melakukan amal kebajikan.



 Berikut adalah nama-nama serta tugas malaikat;
1)      Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu.
2)      Malaikat Mikail tugasnya mengatur rezeki.
3)      Malaikat Israfil tugasnya meniup sangka-kala.
4)      Malaikat `Izrael tugasnya mengambil nyawa.
5)   Malaikat Mungkar dan Nakir tugasnya menyoal orang yang telah mati.
7)   Malaikat Raqib tugasnya mencatit amalan kebajikan.
8)   Malaikat `Atid tugasnya menc
atit amalan kejahatan.
9)   Malaikat Malik tugasnya menjaga neraka.
10) Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga syurga.


Sifat  malaikat jauh berbeza. Tidak seperti kehidupan manusia. Sangat taat patuh dan setia. Melaksanakan perintah yang Maha Esa. Kejadian malaikat adalah tidak bernafsu. Tidak minum dan tidak makan. Tidur dan kahwin bukan keperluan. Serta tiada bercinta seperti insan.



Diantara tiga contoh peranan malaikat dalam kehidupan;
1)      Hujan turun dan pokok menjadi segar- tugas dan peranan malaikat Mikail (menurunkan rezeki agar dapat dinikmati untuk melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mudah).

2)      Datuk meninggal dunia kerana sakit- tugas dan peranan malaikat `Izrail (mencabut nyawa bagi orang yang meninggal apabila sudah tiba akan waktunya).

3)      Ali suka memberi pertolongan- tugas dan peranan malaikat Raqib (mencatit amalan baik yang dilakukan).



Beza sifat malaikat dengan sifat manusia;
1)      Diciptakan daripada Nur sedangkan manusia daripada tanah.
2)      Malaikat tidak berjantina berbanding manusia yang memiliki jantinanya sendiri.
3)      Malaikat tidak dapat dilihat berbanding manusia yang dapat dilihat dengan pancaindera.




Beriman kepada Rasul

Nabi:
*Lelaki mulia pilihan Allah.
*Diberikan wahyu untuk diri sendiri.

Rasul:
*Lelaki mulia pilihan Allah.
*Diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan disampaikan kepada manusia.


Beriman kepada rasul itu bermaksud yakin dan percaya bahawa mereka adalah utusan daripada Allah kepada sekalian manusia.


25 Nama Nabi dan Rasul;

1)      Nabi Adam a.s
2)      Nabi Idris a.s
3)      Nabi Nuh  a.s
4)      Nabi Hud a.s
5)      Nabi Soleh a.s
6)      Nabi Ibrahim a.s
7)      Nabi Luth a.s
8)      Nabi Isma`il a.s
9)      Nabi Iskhaq a.s
10)  Nabi Ya`kub a.s
11)  Nabi Yusuf a.s
12)  Nabi Ayyub a.s
13)  Nabi Syu`eb a.s
14)  Nabi Musa a.s
15)  Nabi Harun a.s
16)  Nabi Dzul Kifli a.s
17)  Nabi Dawud a.s
18)  Nabi Sulaiman a.s
19)  Nabi Ilyas a.s
20)  Nabi Ilyasak` a.s
21)  Nabi Yunus a.s
22)  Nabi Zakaria a.s
23)  Nabi Yahya a.s
24)  Nabi `Isa  a.s
25)  Nabi Muhammad s.a.w

Tidak mengira penat dan lelah. Tugas rasul membetulkan akidah. Menyampaikan perintah dan larangan Allah. Terbit matahari membawa sinar. Sinar memberi seribu rahmat. Rasul menunjukkan jalan yang benar. Menjadi contoh ikutan umat.



Sifat-sifat Rasul;
Sifat wajib bagi seseorang rasul;

1)      Al-Sidqu: Bersifat benar.
2)      Al-Amaanah: Bersifat jujur.
3)      Al-Tabligh: Bersifat menyampaikan.
4)      Al-Fatoonah: Bersifat bijaksana.




Sifat mustahil bagi seseorang rasul;

1)      Al-Kizbu: Bersifat dusta/ menipu.
2)      Al-Khiyaanah: Bersifat pecah amanah.
3)      Al-Kitmaanu: Bersifat menyembunyikan.
4)      Al-Balaadah: Bersifat bodoh.




Diantara cara-cara beriman kepada rasul;

1)      Percaya bahawa rasul adalah utusan Allah.
2)      Belajar dan mengamalkan ajaran yang disampaikan oleh rasul.
3)      Tidak melakukan perkara yang dilarang.
4)      Mengamalkan sunnah rasul.

Sifat harus bagi rasul adalah sama seperti sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan kerasulannya. Contohnya; makan, minum, sakit dan lapar.



Cara beriman kepada rasul;
1)      Percaya bahawa rasul adalah utusan Allah.
2)      Belajar dan mengamalkan ajaran yang disampaikan oleh rasul.
3)      Tidak melakukan perkara yang dilarang.
4)      Mengamalkan sunnah rasul. 



Allah bersifat wujud (ada).
Alam dicipta sebagai tanda bukti utama kewujudan Ilahi. Wujud itu ertinya ada. Maka wajiblah bagi Ia untuk kita yakini.

Allah ciptakan pelabagai tanda yang tidak terhitung lagi tidak terkira. Menunjukkan bahawa bukti Allah itu ada. Dan dibuktikan lagi dengan Surah Al-Ikhlas yang jelas tertera.

Dan bukti lain yang menunjukkan bahawa Allah itu wujud adalah dengan melihat alam sekeliling benda-benda maujud yang dapat dilihat. Dan melihat benda-benda maujud yang tidak dapat dilihat.





Kesan mempercayai kewujudan Allah;
1)      Melakukan suruhan Allah.
2)      Meninggalkan larangannya.

Cara menghargai ciptaan Allah adalah seperti taat menurut perintahnya dan hukum-hakam dalam Islam, menunaikan  solat fardu dengan sempurna, berpuasa pada bulan Ramadhan, senantiasa berzikir menghargai alam ciptaannya dan memelihara alam daripada kerakusan sifat tamak manusia dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Allah bersifat Qidam (sedia)

Setiap makhluk di alam ini ada permulaannya. Makhluk tidak boleh terjadi dengan sendiri. Sebagai contoh meja yang kita gunakan dibuat oleh tukang kayu, begitu juga dengan alam ini. Ia ada penciptaNya. penciptaNya ialah Allah yang bersifat Qidam. Erti Qidam ialah sedia ada. Sifat Allah tidak sama dengan sifat mahkhluk. Ini bererti sifat sedia ada Allah Ta`ala tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan. Dalil Allah bersifat Qidam ialah maksud Surah Al-Khaded pada ayat tiga: “Dialah yang awal dan yang akhir”.




Dalil `akli (berdasarkan logik akal) yang menunjukkan Allah bersifat Qidam;
1)      Allah tidak serupa dengan makhluk.
2)      Allah tidak ada permulaan.
3)      Allah bersifat sedia ada.



Sumbang saran kesan yang menunjukkan kesan mempercayai Allah bersifat Qidam;
1)      Merasa kehebatan Allah.
2)      Merasa kekerdilan diri.
3)      Merasa Tawadduk (merasa akan rendah diri sebagai makhluk).


Diantara ucapan yang dilafazkan ketika melihat serta merasa akan tanda-tanda keagungan Allah;
*Melihat keindahan alam- “Subhaanallah”.
*Menikmati rezeki Allah- “Alhamdulillah”.
*Melihat kehebatan ciptaan Allah- “MaasyaAllah” atau “Allahu Akbar”.


Perbandingan di antara sifat Allah dan sifat manusia;

1)      Sifat bagi manusia ada mempunyai kelemahan diri sedangkan bagi Allah tidak ada langsung kekurangan yang ada padanya. Sifat bagi Allah mempunyai sifat yang sedia ada sedangkan bagi manusia tidak mempunyai sifat sedia ada yang berbeza dari kecil hingga besar yang senantiasa berubah.

2)      Manusia akan binasa atau mati sedangkan bagi Allah adalah yang Maha Kekal lagi abadi selamanya. Tidak ada akhirnya sifat bagi Allah sedangkan bagi manusia mempunyai akhir kesudahannya sendiri.

3)      Sifat bagi manusia ada permulaan kejadiannya sedangkan bagi Allah tidak ada permulaanNya.


*Allah Maha Pemaaf Al-`Afwu dan Allah Maha Pengampun Al-Ghofuur.

*Islam menggalakkan kita supaya bermaaf-maafan. Dan Allah Ta`ala akan memberi keampunan melainkan pada yang Syirik.

*Antara bentuk-bentuk kesalahan yang  memerlukan kemaafan manusia dan keampunan Allah;




Kepada Allah;

1)      Meninggalkan puasa.
2)      Minum arak.
3)      Meninggalkan solat.
4)      Berjudi


Kepada manusia;
1)      Mengejek.
2)      Bertengkar.
3)      Bergaduh.
4)      Mengumpat.

  
*Salah satu cara memohon keampunan Allah adalah dengan cara beristighfar.
*Dan di antara cara atau kaedah bertaubat ialah;
1)      Menyesal dan insaf pada kesalahan yang dilakukan.
2)      Berazam tidak mengulangi perkara yang telah dilakukan.
  

TAHUN  TIGA


Beriman kepada kitab

Kitabullah ialah Kalamullah yang diwahyukan kepada rasul-rasulnya. Ia mengandungi syariat atau untuk disampaikan kepada manusia. Kita wajib beriman dengannya.



Maksud beriman kepada kitab-kitab Allah ialah kita mesti menyakini bahawa;
1)      Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulnya.
2)      Kitab-kitab Allah adalah wahu yang menjadi panduan manusia.
3)      Kitab-kitab Allah mengandungi peraturan hidup yang benar.


Oleh sebab itu, manusia memerlukan kitabullah kerana;
1)      Manusia memerlukan panduan untuk hidup sempurna.
2)      Manusia mempunyai kelemahan.


Sebagai seorang Islam, kita wajib mempercayai dan mengamalkan ajaran Al-Qur`an. Al-Qur`an mempunyai kelebihan dan mukjizat yang tersendiri. Antara kelebihan Al-Qur`an adalah seperti yang berikut;

1)      Al-Qur`an merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2)      Allah memelihara Al-Qur`an daripada sebarang penyelewengan sehingga Hari Qiamat.
3)      Syariat didalamnya untuk seluruh manusia.
4)      Al-Qur`an memansuhkan syariat-syariat yang terdapat dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
5)      Al-Qur`an menjadi penawar kepada penyakit.



Berikut adalah nama-nama kitab-kitab Allah dengan rasul-rasul yang menerimanya;

1)      Kitab Zabur- Kepada Nabi Dawud a.s.
2)      Kitab Injil- Kepada Nabi `Isa  a.s.
3)      Kitab Taurat- Kepada Nabi Musa a.s.
4)      Kitab Al-Qur`an- Kepada Nabi Muhammad s.a.w.





Beriman kepada Hari Akhirat

Hari Akhirat ialah hari pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya Qiamat. Dan hukum mempercayai dan beriman kepada hari Akhirat adalah wajib. Ini berdasarkan firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Dan mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat” (Surah al-Baqarah 2:3).

Kita wajib beriman adanya hari Akhirat. Kita juga hendaklah percaya bahawa suatu hari nanti alam ini akan musnah. Namun hanya Allah Ta`ala sahaja yang Maha Mengetahui akan bila berlakunya akan hari Qiamat.



Allah Ta`ala bersifat Baqa`

Baqa` bererti kekal, dan kita wajib percaya bahawa Allah Ta`ala kekal selama-lamannya dan tidak akan binasa. Manusia adalah makhluk yang lemah sedangkan Allah tiada sebarang kelemahan. Dan firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”. (Surah Al-Rahman: 27).



Mukhalafatuhu Lil khawathis

Orang Islam wajib mempercayai Allah Ta`ala bersifat sempurna. Antara sifat tersebut ialah Mukhalafatuhu Lil khawathis. MaksudMukhalafatuhu Lil khawathis ialah Allah Ta`ala berlawanan dengan sesuatu yang baharu. Ini bermakna Allah Ta`ala berlainan dengan semua makhluk ciptaanNya.

Dalil firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Tiada sesuatu pun sebanding denganNya (zat, sifat dan perbuatan)”. (Surah  Al-Rahman).

Allah Maha Mendengar tanpa menggunakan telinga sedangkan manusia mendengar dengan menggunakan telinga. Pendengaran Allah juga tidak terbatas. Ini bermakna Allah bersifat sempurna sedangkan manusia pula mempunyai sifat kekurangan serta kelemahan.

Kesan beriman dengan Allah yang bersifat Mukhalafatuhu Lil khawathis;
1)      Mengakui kehebatan Allah Ta`ala.
2)      Mengakui kelemahan diri.
3)      Tidak mensyirikkan Allah Ta`ala.
4)      Mengharapkan pertolongan Allah Ta`ala.
5)      Tidak sombong sesama manusia.
6)      Saling membantu sesama manusia.

Perbandingan sifat Allah dan sifat manusia;
Sifat Allah;
1)      Kekal selama-lamanya.
2)      Maha Sempurna.
3)      Tiada tandingan.


Sifat manusia;
1)      Memerlukan pertolongan.
2)      Pendengaran terbatas.
3)      Ada kelemahan.



Allah Bersifat Qiyamuhu Binafsih

Manusia perlu tolong menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh nelayan memerlukan petani untuk mendapatkan beras. Manakala petani memerlukam nelayan untuk mendapatkan ikan. Sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihyang bererti berdiri dengan sendirinya.

Tegasnya, Allah tidak memerlukan pertolongan makhluk lain. Sekiranya Allah memerlukan pertolongan, maka Allah adalah lemah dan tidak sempurna. Oleh itu, kita wajib mempercayai Allah bersifat Qiyamuhu Binafsih, dalilnya firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhluk)”. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,??


Kesan beriman dengan Allah yang bersifat Qiyamuhu Binafsih;
1)      Mengakui keagungan Allah.
2)      Menjauhkan sifat sombong dan takabbur
3)      Mengharap pertolongan Allah.


Dan firman Allah Ta`ala lagi yang bermaksud: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)  melainakan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhluk)”. (Surah Al-Baqarah).
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Maka dalil ini menunjukkan;
1)      Semua makhluk akan binasa.
2)      Manusia ada kekurangan dan kelemahan.
3)      Sombong adalah sifat keji.
4)      Kita hendaklah berkasih-sayang sesama makhluk.


TAHUN EMPAT

Beriman Kepada Qadak Dan Qadar

Qadak ialah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Contohnya; ketentuan rezeki, rupa paras dan umur seseorang.

Qadar ialah perlaksaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Contohnya; Tajuddin berjaya dalam pertandingan tilawah semasa berumur 12 tahun.

Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan”.????

Redha dengan ketentuan dan sabar menghadapi dugaan. Insya`allah kita akan memperolehi keteguhan iman, kehidupan yang lebih maju dan Allah memberi ganjaran pahala. Sebagai orang Islam kita wajib beriman dan yakin kepada Qadak dan Qadar. Malas berusaha, mudah putus-asa dan jauh dari rahmat Allah (adalah kesan buruk bagi orang yang meninggalkan dari beriman kepada Qadak dan Qadar).


Antara faedah beriman kepada Qadak dan Qadar;
1)      Redha dengan perkara-perkara yang berlaku.
2)      Sabar menempuh dugaan.
3)      Mendapat ganjaran pahala.


Antara akibat tidak beriman kepada Qadak dan Qadar;
1)      Berusaha tanpa yakin.
2)      Bosan membaca buku.
3)      Tidak ada keyakinan diri.
4)      Mundur dalam pelajaran.
5)      Gagal dalam kehidupan.



Sifat-Sifat Allah
Wahdaniyat

Wahdaniyat ertinya Allah bersifat Maha Esa atau tunggal. Dan sifat tunggalnya manusia tidak sama dengan sifat tunggalnya Allah.

Sifat tunggal ertinya zat, sifat dan perbuatan Allah tidak serupa dengan zat, sifat dan perbuatan makhluk ciptaannya. Allah tidak berketurunan. Kewujudan Allah tidak sama seperti kejadian makhluk yang berbilang-bilang dan pasangan seperti suami isteri, dan sepasang burung merpati. Pasangan itu akan berkembang dan membiak menjadi keluarga. Kita wajib yakin dan beriman dengan sifat Wahdaniyat. Hanya Allah sahaja yang mencipta kita dan seluruh isi alam ini.



Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Katakanlah (wahai muhammad): “Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa”.???


Kesan beriman dengan sifat Wahdaniyat;
1)      Taat perintah Allah.
2)      Takut melakukan larangan Allah.
3)      Tidak mensyirikkan Allah.
4)      Mengukuhkan iman.


Akibat tidak beriman dengan sifat Wahdaniyat;
1)      Ingkar dengan perintah Allah.
2)      Melakukan maksiat.
3)      Mensyirikkan Allah.
4)      Jauh daripada Rahmat Allah.


Antara lain firman Allah Ta`ala yang menunjukkan akan sifat Wahdaniyat
Allah Ta`ala yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku ialah Allah yang Maha EsaAllah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya”.???


Berikut antara kesan dengan bersifat dengan sifat Wahdaniyat yang dijelmakan dalam kehidupan sepertimana kisah dayang puteri Fir`aun.

Masyitah ialah dayang kepada puteri Fir`aun. Pada suatu hari, sedang dia menyikat rambut puteri Fir`aun, tiba-tiba sikatnya jatuh ke lantai. Oleh kerana terperanjat, terkeluarlah kalimah Allah daripada mulutnya. Perkara tersebut sampai kepengetahuan Fir`aun, lalu baginda memerintahkan Masyitah datang mengadap. Dengan murka Fir`aun bertanya: “Siapakah Allah itu?”. Maka jawabnya: “Allah ialah Tuhanku, Tuhanmu, dan Tuhan seluruh alam”. Jelas Masyitah dengan berani.

Akibat daripada itu Masyitah dan keluarganya yang telah beriman kepada Allah dijampakkan ke dalam kawah yang sedang mendidih airnya. Keteguhan dan kekuatan iman Masyitah yang yakin dengan keesaan Allah telah mendapat ganjaran syurga. Peristiwa itu digambarkan ketika Nabi Muhammad s.a.w di Isra` Mikrajkan, sehingga baginda s.a.w dapat menghidu keharuman bau ruh Masyitah
Dan diantara amalan zikir yang boleh mendatangkan sifat Wahdaniyat    
Adalah seperti berikut yang maksudnya: “Tiada Tuhan (yang layak) disembah melainkan Allah”.



Al-Qudrat

Qudrat ialah satu daripada sifat wajib bagi Allah yang bererti Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah tidak memerlukan bantuan, peralatan dan sokongan untuk berkuasa. Kekuasaan Allah adalah mutlak sejak azali. Hanya Allah yang Maha Berkuasa sedangkan selain Allah tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan.

Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”.???




Peristiwa Kekuasaan Allah.

Ketika Rasulullah s.a.w sedang berehat bersama tenteranya semasa memerangi tentera pimpinan Daktsur bin Al-Harits di Dzi Amar, baginda s.a.w telah menaggalkan bajunya yang basah. Tiba-tiba Daktsur datang dengan sebilah pedang yang terhunus dari arah belakang Rasulullah s.a.w sambil bertempik dengan garang, “Siapakah yang dapat menyelamatkan engkau wahai Muhammad?”.

Rasulullah s.a.w menjawab dengan tenang, Allah. Mendengar jawapan itu Daktsur gementar ketakutan sehingga pedang yang dipegangnya terjatuh. Baginda s.a.w mengambil pedang itu lalu berkata: “Siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang wahai Daktsur ?”.

Daktsur menjawab dengan ketakutan, “Tiada sesiapa pun”. Rasulullah s.a.w meletakkan pedangnya lalu berkata,”Tiada mengapa Daktsur, saya maafkan kamu”. Daktsur berkata dengan hairan, “Wahai Muhammad, bernarlah tuan ini Rasulullah!”. Akhirnya Daktsur memeluk Islam bersama pengikutnya.

Daripada kisah diatas, kita hendaklah yakin bahawa Allah sahaja yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.





Nama-nama Allah;

Al-Salam

Al-Salam merupakan satu daripada 99 nama-nama Allah yang baik iaitu yang selalu disebut dengan Al-Asmaaul Khusna.

Maksud hadith Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka masuklah ia kesyurga”. (Hadtih riwayat Imam Al-Bukhariy dan Muslim daripada Abu Hurairah). 

Al-Salam bererti Allah Maha Sejahtera iaitu aman, sentosa dan makmur. Dan agama Islam juga bererti agama yang sejahtera.


Antara ciri-ciri Al-Salam:

1) Keamanan: Allah memberi keamanan kepada seluruh alam, baik nyata atau tersembunyi.

2) Kesentosaan: Suasana yang memberi ketenteraman kepada manusia dengan nikmat kasih sayang.

3) Kemakmuran: Dicapai apabila hidup bersatu-padu, harmoni, bantu-membantu, saling hormat menghormati dan kasih sayang.



Antara faedah sifat  Al-Salam kepada makhluk;
1)      Mendapat keamanan.
2)      Hidup makmur.
3)      Bahagia dunia akhirat.



Al-Hadiy

Merupakan satu daripada nama-nama Allah Ta`ala yang baik Al-Asmaaul Khusna.
Al-Hadiy bererti Allah Maha Memberi Petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah menunjukkan jalan yang benar dengan mengutuskan para rasul, menurunkan Al-Qur`an dan mengurniakan akal fikiran kepada hambaNya.



Ciri orang yang menghayati sifat  Al-Hadiy;
1)      Bersifat gigih.
2)      Tabah dan sabar.
3)      Berilmu.
4)      Sentiasa ikhlas.


Sebab-sebab manusia memerlukan  Al-Hadiy;
1)      Manusia bersifat lemah.
2)      Menghindarkan diri daripada kesesatan.
3)      Mengharapkan keampunan dan keredhaan.
4)      Memerlukan perlindungan.



Fahami petikan dibawah;

Hussein seorang murid yang cerdik, tetapi malas dan degil. Kedegilan merungsingkan ibu bapa dan gurunya. Dirumah dia malas mengulangkaji pelajaran dan membantu keluarganya. Dan asyik bermain dan menonton televisyen hingga lalai menunaikan solat. Dia kerap dinasihati oleh ibu bapa dan gurunya. Mereka sangat sabar dengan kerenahnya. Usaha yang gigih tanpa jemu dilakukakn untuk mengajak Hussein berubah tetapi tidak dihiraukannya.

Pada suatu malam, Hussein telah tertidur tanpa menunaikan solat. Dalam tidurnya dia bermimpi dibakar didalam api yang marak. Dia menjerit meminta-tolong kepada ibu bapa dan gurunya. Mereka melihat sahaja tetapi tidak terdaya menolongnya. Hussein terdengar sesuatu, “itulah balasan kepada anak derhaka dan yang meninggalkan solat”.

Sejak hari itu, Hussein insaf akan kesalahannya. Berkat petunjuk dan hidayah Allah, Hussein berubah menjadi seorang murid yang taat kepada ibu bapa dan guru serta berjaya dalam pelajarannya. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. Orang yang mendapat petunjuk Allah akan memperolehi kebahagiaan didunia dan di akhirat.



Antara kesan-kesan orang yang mendapat petunjuk Allah;
1)      Mendekatkan diri kepada Allah.
2)      Mendampingi orang yang baik.
3)      Menjauhi maksiat.
4)      Melakukan perkara yang mengukuhkan iman.


Antara aktiviti-aktiviti yang mendapat petunjuk Allah;

1)      Membaca Al-Qur`an.
2)      Mempertahankan Negara.
3)      Beramah mesra.
4)      Menuntut ilmu.
5)      Solat berjamaah.

Orang yang menghayati sifat Al-Hadiy;
1)      Tabah dan sabar.
2)      Berilmu.
3)      Ikhlas.
4)      Gigih.



Antara orang yang tidak menghayati sifat Al-Hadiy;
1)      Pemarah.
2)      Melakukan maksiat.
3)      Berputus-asa
4)      Ria dalam menunaikan  ibadah.
5)      Malas berusaha.




Pahala dan dosa

Pengertian pahala: ialah balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambaNya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.


Cara-cara mendapat pahala;
1)      Menepati hukum syarak.
2)      Disertai niat yang ikhlas.
3)      Melakukan perkara kebaikan.
4)      Meninggalkan perkara yang dilarang.


Pengertian dosa: ialah balasan buruk di akhirat ke atas hamba yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laranganNya.




Perkara-perkara yang diberi balasan dosa;
1)      Merosakkan kemudahan awam.
2)      Bergaduh.
3)      Mencuri.


Cara-cara mengelak dosa;
1)      Memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan.
2)      Mematuhi nasihat ibu bapa dan guru.
3)      Memilih kawan yang berakhlak mulia.
4)      Berusaha menjauhi perbuatan yang keji.

Faedah orang yang mengambil berat tentang pahala dan dosa;
1)      Menjadi hamba yang soleh.
2)      Dikasihi dan diredhai Allah.
3)      Dihormati rakan dan dimuliakan masyarakat.
4)      Mendapat kebahagiaan di dunia.
5)      Mendapat nikmat syurga di akhirat.
6)      Membina jati diri dan akhlak mulia.


Antara perkara yang cenderung kepada mendapat dosa;
1)      Pergaulan bebas.
2)      Tidak berfikir sebelum bertindak.
3)      Marah dan benci apabila ditegur.
4)      Sentiasa tidak menilai diri sendiri.



TAHUN 5

Sifat-sifat Allah

Iradat


Iradat bermaksud Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Kita wajib beriman bahawa Allah bersifatIradat. Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya”. (Surah Al-Buruj: 16).




Tujuan beriman dengan sifat Iradat;
1)      Redha dengan Iradat.
2)      Berikhtiar.
3)      Berkeyakinan.
4)      Iman menjadi kuat.
5)      Sabar menghadapi ujian Allah.
6)      Tawakkal kepada Allah.
7)      Tidak putus-asa.



Akibat mengingkari sifat Iradat Allah;
1)      Putus asa.
2)      Sombong.
3)      Lupa diri.
4)      Suka menyalahkan orang lain.
5)      Malas berusaha.
6)      Merosakkan iman.



 Iradat Allah;

1)       Pasti berlakuIradat Allah pasti berlaku. Tiada sesiapa boleh menghalang Iradat Allah.
2) Tidak terbatasIradat Allah tiada batasan dan sempadan.





Keinginan manusia;

1)  Mungkin berlaku- Kehendak manusia tidak semestinya berlaku. Ini bergantung kepada Iradat Allah Ta`ala.

2)  Terbatas- Kehendak manusia mempunyai batasan kerana manusai tidak kekal (Fanak`).



Terpaksa ialah sifat yang berlawanan dengan Iradat. Mustahil Allah bersifat terpaksa kerana sifat ini adalah satu kelemahan.




Cerita;

Namrud amat murka kepada Nabi Ibrahim a.s kerana baginda mengajak manusia supaya beriman kepada Allah. Namrud memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dihumban ke dalam api. Apabila sampai masa yang ditentukan, api dinyalakan. Namrud berasa gembira kerana pada hari itu dian akan membakar Nabi Ibrahim a.s hidup-hidup. Nabi Ibrahim a.s tenang. Baginda bertawakkal kepada Allah. Lalu Namrud dengan kejam memerintahkan supaya Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam unggun api yang besar itu.

Allah Ta`ala menghendaki supaya Nabi Ibrahim a.s selamat. Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai api, hendaklah engkau menjadi dingin dan selamatkan Ibrahim”. Setelah api tersebut padam, Nabi Ibrahim a.s pun keluar dari unggun api tersebut dalam keadaan selamat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atas baginda a.s.

`Ilmu

`Ilmu adalah pengetahuan sebenar tentang sesuatu perkara. Pada hari ini, dengan `Ilmu pengetahuan manusia telah berjana mereka pelbagai peralatan yang canggih dalam bidang sains dan teknologi. Walau bagaimanapun ilmu yang dikuasai  oleh manusia amat sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah Subhaanahu Wata`aala yang Maha Tinggi. Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang telah, sedang dan akan berlaku secara terperinci. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan Allah Ta`ala.


Kita wajib yakin bahawa Allah Ta`ala bersifat `Ilmu  iaitu Maha Mengetahui. Tiada satu pun yang terselindung daripada pengetahuan Allah. Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati”. (Surah Al-Taghobun: 4).
Ilmu Allah amat luas dan Allah Maha Mengetahui segala tindak-tanduk manusia walaupun ia tersembunyi di lubuk hati. Jika Allah Ta`ala tidak bersifat `Ilmu, pasti Allah tidak dapat menjadikan manusia, binatang, cakerawala dan alam keseluruhannya.




Tujuan beriman dengan sifat `Ilmu Allah;
1)      Jujur dalam amalan.
2)      Rajin menuntut ilmu.
3)      Takut kepada Allah.
4)      Bersemangat melakukan amal kebajikan.
5)      Berfikir ke arah kebaikan.



Akibat mengingkari sifat `Ilmu Allah;
1)      Merosakkan iman.
2)      Malas berusaha.
3)      Tidak jujur.
4)      Sombong.
5)      Melakukan kemungkaran.




Perbezaan antara pengetahuan Allah dan pengetahuan manusia;

Pengetahuan Allah;
1)      Tiada permulaan.
2)      Sentiasa benar.
3)      Tidak terbatas.
4)      Tanpa perantaraan.
5)      Mengetahui perkara yang akan berlaku.
6)      Mengetahui perkara ghaib.



Pengetahuan manusia;
1)      Ada permulaan.
2)      Boleh jadi benar atau salah.
3)      Menggunakan perantaraan.
4)      Tidak mengetahui perkara yang akan berlaku.
5)      Tidak mengetahui perkara ghaib.




Cerita;

Pada suatu malam Khalifah `Umar bin Al-Khattab keluar meninjau di sekeliling kota Madinah. Setelah penat berjalan khalifah berhenti rehat berhampiran sebuah rumah. Tiba-tiba khalifah terdengar perbualan antara ibu dan anaknya dari dalam rumah itu.

“Wahai anakku, campurkanlah sedikit air ke dalam susu itu agar menjadi banyak!”. “Ibu, khalifah melarang kita menipu dalam perniagaan”. “Tidak mengapa, khalifah tidak melihat apa yang kita lakukan”. “Walaupun khalifah tidak tahu tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan”.



Doa`;

Yang bermaksud: “Ya Allah ya Tuhanku tambahkan ilmu kepadaku”.



hayah

Kita wajib beriman bahawa Allah Ta`ala bersifat dengan Khayah. Iaitu yang Maha Hidup, tetapi sifat Khayah Allah adalah kekal abadi tanpa ada mula dan akhir. Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang hidup dan kekal” (Surah Al-Baqarah: 255).

Allah menghidupkan dan mematikan kita. Allah juga yang mengawal pertukaran siang dan malam. Allah yang mengatur pergerakkan matahari dan bulan dan cakerawala.



Tujuan beriman dengan sifat hayah Allah;
1)      Mengagungkan kebesaran Allah.
2)      Menginsafi kehidupan manusia yang bersifat lemah.
3)      Meyakini bahawa semua makhluk akan binasa.
4)      Membuat persediaan untuk mati.



Akibat mengingkari sifat hayah Allah;
1)      Merosakkan iman.
2)      Sombong.
3)      Lalai daripada mengingati Allah.
4)      Lupa diri.

Perbezaan antara hayah Allah dengan kehidupan manusia;
hayah Allah;

1)      Qidam iaitu tiada permulaan.
2)      Baqa` iaitu kekal.
3)      Tidak bergantung kepada yang lain.



Kehidupan manusia;

1)      Baharu iaitu ada permulaan.
2)      Fanak iaitu binasa.
3)      Memerlukan pertolongan orang lain.









Nama-nama Allah;

Al-Sobuur

Pengertian Al-Sobuur: bermaksud Allah Subhaanahu Wata`ala Maha Sabar dan tidak bersifat terburu-buru.


Dalil naqli berkenaan dengan sifat Al-Sobuur;

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka dia akan masuk ke syurga”. (antaranya) Al-Sobuur,,,



Dalil `aqli berkenaan dengan sifat Al-Sobuur;

Bukti Al-Sobuur Allah Subhaanahu Wata`aala ialah Allah menangguhkan hukuman orang yang bersalah hingga ke hari akhirat. AllahSubhaanahu Wata`aala bersedia memaafkan mereka jika bertaubat. 



Ciri-ciri Al-Sobuur;

1)      Allah tidak menyegerakan azab ke atas hamba-hambanya  yang melakukan kesalahan.
2)      Allah memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat.
3)      Allah memberi nikmat kepada semua manusia termasuk orang yang menderhaka terhadapNya.




Hikmah sifat Al-Sobuur;

1)      Rahmat Allah Ta`ala diberikan kepada semua manusia.
2)      Manusia diberi peluang untuk membaiki kesalahannya dengan bertaubat.
3)      Allah mendidik manusia supaya bersabar.
4)      Semua manusia mendapat nikmat daripada Allah Subhaanahu Wata`aala.


Allah Subhaanahu Wata`aala berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud: “Berakhlaklah kamu dengan akhlakku. Antara akhlakku ialah Al-Sobuur”.

Perbezaan antara sifat Al-Sobuur dan sifat sabar manusia;

Al-Sobuur;
1)      Nama dan sifat Allah.
2)      Tidak terbatas.
3)      Kekal.


Sabar manusia;
1)      Sifat manusia.
2)      Ada batas.
3)      Tidak kekal.



Cerita;

Di kota Madinah terdapat seorang pengemis yahudi yang buta. Dia selalu memfitnah Rasulullah s.a.w dan menyuruh orang ramai memulau baginda s.a.w. tetapi setiap pagi Rasulullah s.a.w mengunjunginya dan menyuapkan makanan kepada pengemis tersebut tanpa bersuara. Namun, sejak kewafatan baginda tiada lagi orang yang membawa makanan kepadanya.

Pada suatu hari, Sayyidina Abu Bakar bertanya kepada anaknnya `Aeisyah, “Apakah amalan Rasulullah s.a.w yang belum pernah ayahanda lakukan?”. `Aeisyah menjawab: “Semua perkara telah ayahanda lakukan kecuali satu sahaja”. Setiap pagi Rasulullah s.a.w pergi ke hujung pasar membawa makanan untuk pengemis yahudi buta disana”.

Sayyidina Abu Bakar terus menuju ke pasar tersebut membawa makanan. Ketika Abu Bakar menyuapkan makanan, pengemis itu marah sambil berteriak”. Siapakah kamu?”. Kamu bukan  orang yang biasa menyuapkan makanan kepadaku. Dia selalu menghaluskan makanan terlebih dahulu sebelum menyuapkan makanan ke mulutku”. Sayyidina Abu Bakar tidak dapat air matanya sambil berkata: “Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Orang yang mulia itu sudah tiada. Orang itu ialah Muhammad Rasulullah s.a.w”.

Pengemis tersebut terus menangis dan berkata: “Benarkah demikian?”. “Selama ini aku sering mencaci dan memfitnahnya. Tetapi dia tidak pernah memarahiku. Bahkan dia melayanku seolah-olah bapa kandungnya”. Akhirnya pengemis itu memeluk Islam dihadapan Sayyidina Abu Bakar.





Al-hakeem
  
Al-hakeem bermaksud Allah Ta`ala Maha Bijaksana.

Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.



Beza diantara sifat manusia khakeem dan Al-hakeem;

Al-hakeem;
1.      Nama dan sifat Allah.
2.      Bermaksud Maha Bijaksana.
3.      Bersifat azali.
4.      Kekal.



Hakeem;
1.      Nama dan sifat manusia.
2.      Bermaksud bijaksana.
3.      Didapati melalui pembelajaran dan pengalaman.
4.      Binasa.


Ciri-ciri Al-hakeem;
1)      Semua benda yang dijadikan berguan kepada makhluk.
2)      Peraturan alam sesuai dengan kehidupan.
3)      Segala ciptaan Allah bersifat sempurna.




Hikmah sifat Al-hakeem;
1.      Mendapat ilmu.
2.      Mendapat rahmat Allah.


Kelebihan orang yang bijaksana;
1.      Boleh menjadi pemimpin.
2.      Mendapat rahmat Allah.
3.      Dicontohi masyarakat.
4.      Memberi manfaat kepada orang lain.
5.      Berjaya dalam kehidupan.
6.      Dihormati dan disanjung tinggi.

Dan kita hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu supaya menjadi seorang yang bijaksana.



TAHUN  ENAM


Sifat-sifat Allah
Samak` ( Maha Mendengar)

Dalil Naqli (dalil wahyu) bahawa Allah bersifat Samak` dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 181 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Baqarah: 181).


Samak` bererti Allah Maha Melihat. Allah boleh mendengar semua perkara termasuk yang tersembunyi. Kita wajib mempercayai bahawa Allah bersifat Samak`. Pendengaran Allah tidak terbatas.



Kesan beriman bahawa Allah bersifat Samak`
1)      Sentiasa menjaga tutur kata.
2)      Dikasihi Allah dan mendapat pahala.
3)      Dihormati orang lain.
4)      Mendapat kesejahteraan hidup.




Basor ( Maha Melihat )

Basor bererti Allah Maha Melihat. Dan tidak ada sesuatu perkara yang terlindung dan tersembunyi daripada penglihatan Allah.

Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Ia mengetahui dengan mendalam segala keadaan hambaNya, lagi melihat dengan nyata”. (Surah Al-Syura: 27).

Kita wajib beriman bahawa Alla Maha Melihat tanpa menggunakan sebarang alat. Allah dapat melihat benda yang tidak dapat kita lihat sepaerti udara, gas dsn angina. Allah juga melihat segala perlakuan kita sama ada baik atau jahat. Dan kita hendaklah berdoa agar menjadi manusia yang bersyukur dengan penglihatan  yang dikurniakan.

Kesan beriman bahawa Allah bersifat Basor;
1)      Menjadikan manusia umat yang tabah.
2)      Kehidupan diberkati dan dikasihi Allah.
3)      Taat melaksanakan perintah Allah.
4)      Mendapat pahala dan dihormati manusia.
5)      Dapat memantapkan akidah dalam diri.
6)      Mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Cerita;

Pada suatu hari, seorang guru memanggil tiga orang murid. Setiap orang diberikan seekor burung untuk disembelih. Guru pun berkata: “Sembelihlah burung ini ditempat yang tiada sesiapa pun dapat melihatnya. Maka mereka pun beredar dan mencari-cari tempat yang sesuai. Setelah selesai , mereka pun kembali menemui guru mereka. “Eh! Mengapa kamu tidak menyembelih burung itu?”. Tanya guru kepada salah seorang muridnya. Jawab murid tersebut: “Wahai guruku!, walaupun tempat tersebut tersembunyi daripada pandangan orang, saya tidak dapat melakukannya kerana kemana-mana sahaja saya pergi, Allah Maha Melihat perbuatan saya ini”.



Kalam ( Maha Berkata-kata )

Kalam bermaksud Allah Ta`ala Maha Berkata-kata. Allah Ta`ala berkata-kata tidak sebagaimana makhluk yang menggunakan mulut dan alat-alat bantu yang lain. Kiat wajib menyakini Allah bersifat Kalam


Dalil naqli Allah Ta`ala bersifat Kalam terdapat dalam Surah Al-Nisa` yang bermaksud: “Dan Allad telah berkata-kata kepada Nabi Musa  (secara langsung, tidak ada perantaraan)”. (Surah Al-Nisa`: 164).




Kesan beriman bahawa bersifat Kalam;

Seseorang yang beriman bahawa Allah bersifat Kalam terdorong untuk melakukan suruhan Allah dan meningalkan larangaNya. Hasil perbuatan itu, dia akan dikasihi oleh Allah dan mendapat pahala. Hidup juga akan sejahtera dan dihormati orang.




Cerita;

Pada suatu malam ketika nabi Musa dalam perjalanan pulang ke Mesir, baginda terlihat cahaya api berhampiran kaki gunung Thur Sina. Nyalaan api itu kelihatan dari sebatang pohon lembah Thuwa. Lalu, Nabi Musa a.s mendekatinya kerana berharap api tersebut dapat menghangatkan badannya. Tiba-tiba Nabi Musa a.s terdengar suruhan Allah supaya menanggalkan kedua-dua kasutnya ketika berada dilembah yang suci ini.

Allah Ta`ala telah berfirman di dalam Al-Qur`an didalam Surah Toha pada ayat 14 yang bermaksud: “Sesungguhnya aku adalah Allah, tidak ada Tuhan selain aku maka sembahlah aku”. Inilah bukti Allah Ta`ala bersifat Kalam iaitu Maha Berkata-kata.




Kata-kata manusia dan Kalam Allah;

1.      Mengunakan mulut atau alat.
2.      Tebatas mengikut suasana.
3.      Tidak menggunakan mulut.
4.      Terkandung dalam Al-Qur`an.
5.      Boleh berbentuk hasil tulisan.
6.      Tidak terbatas.





Nama-nama Allah;

Al-haseeb

Al-haseeb bererti Allah Maha Menghitung segala amalan manusia di dunia ini pada setiap masa. Firman Allah dalam Surah Ali `Imraan ayat:199 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya”.




Tanda-tanda Allah Al-haseeb;

-Adanya catatan amalan baik dan jahat.
-Alasan mengikut amalan.
-Adanya hari pembalasan.
-Allah tidak menjadikan itu sia-sia

 Al-haseeb bererti Allah Maha Menghitung amalan manusia. Setiap perbuatan manusia akan diberikan ganjaran yang setimpal. Syurga dan neraka tempat balasan manusia di akhirat nanti.





Zuljalaali  Walikroom

Pengertian Zuljalaali  Walikroom bererti Allah mempunyai keagungan dan kemuliaan yang Maha Luas dan meliputi sekalian makhlukNya. Dalil naqli Allah Zuljalaali  Walikroom adalah pada Surah Al-Rahmaan pada ayat: 27 yang bermaksud:  “Dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.



Bukti-bukti Allah mempunyai keagungan dan kemulian;
1)      Semua kehendak Allah pasti berlaku.
2)      Ciptaan Allah sangat sempurna.
3)      Kekuasaan Allah adalah mutlak.
4)      Allah pemberi rezeki kepada semua makhluk.
5)      Semua makhluk dilangit dan dibumi bertasbih.



Dosa Kecil Dan Dosa Besar

Pengertian  dosa ialah amalan yang melanggar hukum Islam.

Dosa Kecil: ialah amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan siksaan daripada Allah.

Dosa Besar: ialah amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya disertai dengan ancaman kemurkaan dan siksaan daripada Allah.



Hukum menjauhi perkara dosa adalah wajib. Dalil naqli sepertimana firman Allah Ta`ala dalam Surah Al-Najm pada ayat 32 yang bermaksud: “(Orang yang mendapat balasan baik ialah) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan yang keji kecuali salah silap yang kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, itu dimaafkan) sesungguhnya Tuhan Maha Luas KeampunanNya”.



Di antara contoh dosa kecil dan dosa besar;
Dosa kecil;

1.      Membazir.
2.      Membuang masa.
3.      Membuang sampah merata-rata.
4.      Melihat perkara haram.
5.      Mendengar perkara yang melalaikan.



Dosa besar;
1.      Syirik
2.      Sihir
3.      Membunuh.
4.      Memakan harta anak yatim.
5.      Memakan riba.
6.      Lari dari medan pertempuran.
7.      Menuduh seseorang berzina.
8.      Meninggalkan perkara fardhu.
9.      Derhaka kepada ibu bapa.
10.  Minum arak.
11.  Berzina dan liwat.
12.  Terus melakukan dosa kecil.
13.  Berputus-asa dari rahmat Allah.
14.  Riyak dan takabbur.
15.  Berbohong.




Cara menghapuskan dosa kecil;

Melakukan amalan yang baik dan ibadah kepada Allah Ta`ala serta memperbanyakkan ucapan istighfar.



Cara menghapuskan dosa besar;

1.      Bertaubat.
2.      Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan.
3.      Meninggalakan perbuata dosa.
4.      Meminta maaf sekiranya melibatkan sesama manusia.


*Firman Allah Ta`ala dalam Surah Hud pada ayat 114 yang bermaksud: “Sesunnguhnya
amalan yang baik itu (terutama solat) akan menghapuskan kejahatan”. 



Syirik

Syirik ialah menyekutukan Allah Ta`ala dengan makhlukNya. Firman Allah Ta`ala dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 22 yang bermaksud: “Maka janganlah kamu mengadakan bagi sekutu pada hal kamu semua mengetahui (bahawa Allah Ta`ala Tuhan yang Esa)”.



Hukum;
Orang Islam diharamkan melakukan perkara-perkara syirik. Oleh itu, hukum menghindari perkara-perkara syirik adalah wajib.



Perkara-perkara syirik kepada Allah Ta`ala seperti berikut;
1.      Menyembah patung berhala atau pokok.
2.      Menganggap ubat sebagai penyembuh.
3.      Memuja ruh nenek moyang atau kubur.
4.      Mempercayai kepada ramalan nasib.
5.      Riyak.
6.      Takabbur.
7.      Memakai lambing agama lain.
8.      Mempercayai bintang ramalan.


Aspek-aspek syirik;

Perkataan: mengucapkan perkara-perkara yang menyekutukan Allah Ta`ala contohnya seperti mengatakan Allah itu berbilang-bilang.

Perbuatan: melakukan perkara-perkara yang menyekutukan Allah Ta`ala contohnya
memakai tangkal.


Hati: mempercayai perkara-perkara yang menyekutukan Allah Ta`ala contohnya mempercayai selain Allah berkuasa.


*Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang datang berjumpa dengan tukang tilik dan meminta meramalkan sesuatu, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam    ”. (Hadith Riwayat Muslim).



*Cerita;
“Dan ingatlah tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberikan nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Surah Luqman ayat:13).



Sam`eyyaat

*Pengertian Sam`eyyaat; ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui Al-Qur`an dan Al-Hadits.

*Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “(Orang yang bertaqwa ialah) orang yang beriman dengan perkara-perkara ghoib”. (Surah Al-Baqarah: 3).



*Antara perkara Sam`eyyaat adalah seperti berikut;
Semua orang yang hidup akan mati. Dan orang yang mati akan berada di dalam barzakh. Segala amalannya akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. Dan pada suatu masa nanti akan berlaku Hari Qiamat. Semua orang yang telah mati akan dibangkitkan semula dan dihimpunkan dipadang Mahsyar, amalannya akan dihisab (dihitung) dengan adil sebelum dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Oleh itu, kita perlu melakukan amalan yang baik ketika hidup.


*Antara perkara Sam`eyyaat yang wajib kita yakini;
1)      Alam Barzakh= alam kubur.
2)      Soalan kubur= soalan yang ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir.
3)      Nikmat kubur= nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah.
4)      Azab kubur=siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa.
5)      Mahsyar= tempat manusia dikumpul selepas dibangkitkan semula.
6)      Mizan= alat timbangan amalan.
7)      Sirot= titian yang merentangi neraka untuk masuk ke syurga.
8)      Syurga= tempat ganjaran untuk orang yang mentaati perintah Allah.
9)      Neraka= tempat siksaan untuk orang yang melanggar perintah Allah.


*Cerita;

Pada suatu hari, seorang sahabat telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w lalu mengadu kepada baginda, “Aku sangat mencintai engkau lebih daripada diriku dan anakku sendiri” Apabila aku teringat akan kematian, aku bimbang tidak akan dapat berjumpa denganmu di akhirat nanti kerana aku tahu engkau akan memasuki syurga bersama-sama para anbiyak”.

Lalu turunlah ayat 69, Surah Al-Nisa` yang bermaksud: “Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya maka mereka (akan ditempatkan disyurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para Siddiqin, para Syuhada` dan orang yang soleh, dan amat eloklah mereka itu menjadi rakan (kepada orang yang taat)”.

Kisah ini memaparkan cerita seorang sahabat yang beriman dengan kewujudan perkara  Sam`eyyaat. Berdasarkan kisah ini, yakinlah bahawa beriman dengan perkara Sam`eyyaat yang mempunyai banyak kelebihan, antaranya;


1)      Menjadikan kita lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.
2)      Mencegah diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Ta`ala.
3)      Menggalakkan diri melakukan suruhan Allah dengan tekun dan ikhlas.


  


No comments:



tag